• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insiden Kepulan Asap HSA Berpunca Daripada Isyarat Palsu

oleh AK-47
21/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Insiden Kepulan Asap HSA Berpunca Daripada Isyarat Palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Insiden kepulan asap di Bilik High Voltage di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, semalam berpunca daripada isyarat palsu (false alarm) Sistem Pemadaman Kebakaran Jenis Aerohub yang menyebabkan gas aerosol dibebaskan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata, pengurusan HSA dan syarikat konsesi sudah menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk menutup bekalan elektrik ke punca bekalan masuk utama elektrik.

Katanya, ia bagi menjalankan siasatan lanjut terhadap punca pengaktifan sistem pemadam kebakaran itu serta memastikan keselamatan fasiliti HSA.

“Kejadian di bilik yang terletak di antara bangunan induk dan bangunan poliklinik HSA itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kerosakan harta benda.

“Sistem UPS dan Janakuasa Tunggu Sedia hospital berada dalam keadaan baik dan berfungsi untuk memastikan perkhidmatan berjalan lancar.

“Unit Keselamatan turut bekerjasama dalam memastikan lokasi kejadian dalam keadaan selamat dan hasil pemeriksaan, didapati kepulan asap tersebut adalah berpunca dari false alarm Sistem Pemadaman Kebakaran Jenis Aerohub yang menyebabkan gas aerosol dibebaskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ling menjawab laporan portal yang mendakwa berlaku kebakaran kecil di HSA dengan dakwaan itu turut tular di media sosial sejak semalam.

Menurutnya, selepas kejadian pihak pengurusan dan jurutera HSA, syarikat konsesi serta TNB sudah mengambil langkah awal dengan memeriksa dan mengenalpasti punca kejadian.

“Pihak pengurusan hospital mengambil positif berhubung artikel tersebut, (dan) pemeriksaan serta rondaan berkala dilaksanakan bagi memantau fungsi peralatan dan bekalan elektrik serta air di fasiliti berada dalam keadaan baik.

“Pengurusan hospital bersama pihak konsesi sentiasa berusaha melaksanakan penambahbaikan terhadap peralatan yang uzur atau rosak termasuk menaik taraf sistem bekalan elektrik di hospital, serta memastikan aktiviti penyelenggaraan di hospital dilaksanakan dari semasa ke semasa,” kataya.

Beliau berkata, pengurusan HSA juga cakna dan sentiasa berusaha dalam memastikan keselamatan tempat bertugas semua anggota kesihatan serta gangguan pada aktiviti perawatan pesakit menjadi keutamaan HSA.

Untuk rekod, HSA pernah berdepan insiden kebakaran besar di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu yang meragut enam nyawa pada Oktober 2016.

-Harian Metro

Tags: HSAInsiden Kepulan Asap HSAIsyarat Palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gangguan Bekalan Air Di Klang, Shah Alam, Kuala Selangor Esok

Next Post

Siasat Terperinci Kes Buli Junior Asrama – PIBKS Barat Daya

Related Posts

RM140 Juta Naik Taraf HSA

RM140 Juta Naik Taraf HSA

20/07/2022
0

JOHOR BAHRU : Kerajaan Pusat meluluskan peruntukan RM140 juta bagi menaik taraf Hospital Sultanah Aminah (HSA). Ikuti Mynewshub: Telegram Pengerusi Jawatankuasa...

Ujian Sampel Klinikal Nur Dinie Damia Negatif Influenza

15/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Ujian sampel klinikal terhadap murid Tahun Satu, Nur Dinie Damia Muhammad Noor Ain, yang sebelum ini dimasukkan...

Next Post
Siasat Terperinci Kes Buli Junior Asrama – PIBKS Barat Daya

Siasat Terperinci Kes Buli Junior Asrama – PIBKS Barat Daya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd