Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Rakam Anak Mandi, Bapa...

SEORANG bapa yang tidak dibenarkan didedahkan namanya oleh pihak mahkamah di Singapura telah...

Mangsa Nafsu Bapa, Budak...

KISAH jenayah dari seberang ini pasti membawa airmata kepada insan yang benar-benar menjiwai...

JPN, NGO Perlu Segera...

KEPALA BATAS - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu...

Jangan Sesekali Burukkan Orang...

PERSENGKETAAN yang berlaku antara bekas vokalis kumpulan rock Kristal, Lan serta ahli kumpulan...

‘Ibu Kerap Menangis Sejak Yana Hilang’

KUALA LUMPUR : Seorang kakak merayu bantuan orang ramai untuk mengesan adik perempuannya yang hilang dari kediaman mereka di Meru, Klang, Selangor sejak Jumaat lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Nur Amira Natasya Noor Sazli, 20, berkata keluarga terutama ibunya amat bimbang akan keselamatan adiknya, Nur Adriana Natasya, 17, selepas disedari hilang oleh ibunya kira-kira jam 5 pagi, hari berkenaan.

Lebih membimbangkan keluarganya, Nur Adriana Natasya yang mesra dipanggil Yana adalah seorang remaja yang menghidap disleksia dan Kecelaruan Hiperaktif Kurang Daya Tumpuan (ADHD).

“Sebelum itu kami sempat pulang beraya di kampung ibu di Perak dan pada Khamis lalu, kami ada keluar bersama-sama ibu serta adik bongsu perempuan berusia 11 tahun.

“Kami pulang ke rumah dan Yana kelihatan seperti biasa sahaja, tidak menunjukkan sebarang kelainan sebelum kami semua masuk tidur. Seperti kebiasaan, Yana akan tidur sebilik dengan ibu.

“Namun keesokannya paginya, kira-kira jam 5 pagi ketika ibu bangun untuk bersiap pergi bekerja, Yana didapati tiada dalam bilik dan kami cuba mencari di kawasan rumah namun tidak jumpa,” katanya kepada BH, hari ini.

Nur Amira berkata, Yana didapati keluar dengan sehelai sepinggang dan hanya membawa telefon bimbit.

Katanya, seluruh keluarga cuba hubungi telefon bimbit Yana beberapa kali tetapi dia gagal dihubungi sehingga ibunya terpaksa buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.


“Kami juga cuba mengesan lokasinya menggunakan aplikasi Google, tetapi gagal kerana lokasinya dimatikan. Namun sebelum ini kami ada berjaya mengesan lokasi terakhirnya iaitu di Ampang dan Damansara.

“Selain itu, saya juga ada cuba menghubungi rakan-rakan terdekat namun tiada yang mengetahui di mana keberadaannya. Kini kami cuba mencari berdasarkan bantuan orang ramai yang mungkin ada ternampak dia,” katanya.

Nur Amira berkata, selepas empat hari Yana hilang, perasaan ibunya semakin tertekan sehingga dia kerap menangis sebab bimbangkan keselamatan adiknya itu.

“Ibu saya adalah ibu tunggal dan dia rasa bertanggungjawab jika ada perkara buruk berlaku pada Yana. Perkara itu juga yang membuatkannya berasa amat tertekan.

“Saya bersama keluarga terdekat dan saudara-maranya yang lain akan terus cuba mencari Yana dan pada masa sama, saya berharap orang ramai juga dapat membantu kami mencari Yana,” katanya.

Nur Amira berkata, sekiranya ada sesiapa yang ternampak adiknya itu diharap dapat menghubungi ahli keluarganya di talian 011-12824718 atau 018-9464813 untuk menyalurkan maklumat.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori