Friday, March 1, 2024

Creating liberating content

Landasan 3 KLIA Ditutup...

PUTRAJAYA - Landasan 3 di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) di Sepang akan ditutup...

Skuad Hoki Remaja Lelaki...

HEBAT… Skuad hoki Malaysia terus gah mencipta nama apabila Skuad hoki lelaki Bawah-18...

Penubuhan Syarikat Air Baharu...

1. DALAM mencari penyelesaian kepada masalah air Johor (yang mempunyai tarif antara termahal...

MA63: Kedudukan Sabah, Sarawak...

KUALA LUMPUR - Pindaan Fasal (2) Perkara 1 dalam Perlembagaan Persekutuan akan meletakkan...

Dua Pelajar KKTM Lemas Selepas Terjun Dari Kawasan Berbatu

DUNGUN: Dua pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Kemaman ditemukan lemas ketika mandi di kawasan Air Terjun Lubuk Kain, Kampung Syukur, dekat sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11.20 pagi, mangsa Ahmad Syahid Hamdan, 19, yang beralamat di Kampung Tuk Jembal, Kuala Nerus dan Muhammad Ridhwan Zawawi, 19, Kampung Bukit Payung ditemui pada 12.15 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian kumpulan pelajar terbabit dari Kemaman datang berkelah di situ kira-kira jam 11 pagi.

Menurutnya, kedua-dua mangsa bersama seorang lagi rakannya dikatakan naik ke tingkat atas di kawasan berbatu di situ dan terjun ke dalam air.

“Rakan mangsa tidak menyedari kedua-dua rakannya itu lemas dan tidak muncul di permukaan air kerana dilindungi kawasan berbatu di situ,” katanya.

Baharudin berkata, kejadian disedari seorang pengunjung yang memaklumkan kepada rakan mangsa.


Bagaimanapun, katanya, pengunjung yang berada di situ tidak berani memberi bantuan kerana air kawasan itu berpusar serta sangat dalam.

Menurutnya, orang ramai kemudiannya meminta bantuan orang kampung yang memberikan pertolongan segera.

“Mayat pertama, Muhammad Ridhwan ditemui pada 12.08 manakala rakannya Ahmad Syahid ditemui jam 12.15 pada kedalaman air kira-kira empat meter.

“Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan keluarga kedua-dua mangsa sudah dimaklumkan berhubung kejadian,” katanya.

Disiarkan pada: May 12, 2023 @ 5:03pm

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori