• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DBKL Akan Perkenal Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh

oleh Mohd Arshad
05/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
DBKL Akan Perkenal Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperkenalkan Sistem Amaran Awal Tanah Runtuh sebagai antara usaha pemakluman sekiranya terdapat pergerakan tanah di ibu kota.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dalam kenyataan memaklumkan sistem itu akan dilaksanakan bagi keseluruhan ibu kota secara berperingkat dengan memberi keutamaan kepada lokasi berisiko terlebih dahulu.

“Selain itu, DBKL menerusi Unit Cerunnya sedang giat memantau lokasi berisiko tinggi berlaku tanah runtuh bagi memastikan tindakan yang cepat dapat diambil sekiranya terdapat tanda-tanda awal kegagalan cerun di lokasi.

“Unit ini bertanggungjawab mengemas kini data cerun sedia ada di dalam KuLSIS (Sistem Maklumat Cerun Kuala Lumpur) supaya jumlah cerun yang direkodkan adalah yang terkini dan tepat, selaras dengan pembangunan pesat di Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, terdapat 108 lokasi aduan mengenai kejadian tanah runtuh dilapor berlaku sejak Disember 2021 membabitkan cerun berisiko dan memerlukan tindakan selanjutnya daripada pihak yang bertanggungjawab.

Kamarulzaman berkata, daripada jumlah itu, 59 aduan membabitkan rizab jalan dengan dan kerja-kerja pembaikan telah dilaksanakan manakala 49 lagi berada di bawah tanggungjawab pihak persendirian.

Beliau berkata, DBKL telahpun mengeluarkan notis kepada pemilik tanah untuk melaksanakan kerja-kerja pembaikan dengan dipantau dari semasa ke semasa oleh pihaknya.

“Pengurusan cerun di Kuala Lumpur sebenarnya membabitkan pelbagai pihak bergantung dan tertakluk kepada pemilikan tanah kawasan berkenaan, contohnya jika berlaku kejadian tanah runtuh di dalam kawasan milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP), pihak Jabatan Kerja Raya akan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi kerja-kerja pembaikan ke atas runtuhan itu.

“Ini sebagaimana insiden yang berlaku di Akademi Pencegahan Rasuah pada 26 April lepas. Bagaimanapun, DBKL bersedia untuk membantu sekiranya diperlukan,” katanya.

Kamarulzaman berkata pengurusan tanah runtuh di bawah tanggungjawab DBKL pula meliputi kawasan rezab jalan, kawasan rekreasi dan mana-mana tanah di bawah penyelenggaraannya.

Beliau berkata, dalam usaha memperkemaskan lagi soal pengurusan cerun di ibu kota, DBKL kini dalam proses menyediakan Garis Panduan Penyelenggaraan Cerun di Kawasan Tanah Bermilik di Kuala Lumpur sebagai rujukan terutama kepada pemilik tanah persendirian.

Selain itu, Unit Cerun DBKL bercadang mengadakan sesi perjumpaan dan taklimat bersama warga kota untuk memberi penerangan mengenai penyelenggaraan cerun di kawasan persendirian bagi kesedaran berhubung tanda-tanda awal kejadian tanah runtuh supaya tindakan pencegahan dapat diambil.

“Melalui perkongsian maklumat mengenai tanah runtuh dengan warga kota, ia dapat membantu penduduk setempat untuk menjadi lebih proaktif dan bersedia apabila berlaku insiden tanah runtuh serta mengetahui aspek-aspek keselamatan yang perlu diambil perhatian,” katanya.

-Berita Harian

Tags: DBKLSistem Amaran Awal Tanah Runtuhtanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd