• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cara Kereta Putih Dipandu ‘Dua Beradik’ Luar Biasa – Saksi

oleh Mohd Arshad
11/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Cara Kereta Putih Dipandu ‘Dua Beradik’ Luar Biasa – Saksi
Share on FacebookShare on Twitter

LANGKAWI: Penduduk kampung dan jiran keluarga kanak-kanak berusia enam tahun yang memandu kereta sehingga terbabas malam kelmarin, masih tertanya-tanya dan buntu memikirkan bagaimana kejadian itu berlaku.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, kanak-kanak berkenaan bersama adiknya berusia tiga tahun dikatakan memandu kereta Toyota Vios milik keluarganya dari rumah mereka di Kampung Baru Teluk, Mukim Ulu Melaka menuju ke kawasan kedai di pekan Ulu Melaku sejauh kira-kira 2.5 kilometer.

Dalam perjalanan itu, kenderaan terbabit dikatakan perlu melintas sekurang-kurangnya tiga persimpangan termasuk perlu melalui lampu isyarat di pekan Ulu Melaka sebelum kereta itu dilaporkan terbabas.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Mat Kod, 34, berkata pada malam kejadian, dia ada berselisih dengan kereta terbabit yang dipandu di jalan tar mini menghala ke jalan besar.

“Memang ketika berselisih dengan kereta itu saya rasa pelik sebab kereta dipandu di tengah jalan yang sempit hingga menyebabkan saya terpaksa mengelak sehingga ke semak di tepi jalan.

“Ketika itu waktu hampir jam 11 malam, dan akibat keadaan gelap saya tidak nampak siapa yang memandu kereta itu, tapi gaya memandu kereta putih itu memang luar biasa,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Mat Kod yang juga seorang nelayan berkata, dia masih tertanya-tanya dan seperti tidak percaya apabila mendapat berita mengatakan kereta yang berselisih dengannya itu dipandu kanak-kanak yang kemudian terbabit kemalangan.

Seorang penduduk lain juga jiran kepada keluarga itu dan mahu dikenali sebagai Kak Yah, 41, berkata dia turut hairan bagaimana kanak-kanak terbabit dapat memandu sejauh 2.5 km sebelum kemalangan.

“Pada hemat saya, agak mustahil bagi seorang kanak-kanak untuk memandu di jalan tar mini yang sempit dan berselekoh, kemudian perlu berhenti di simpang tiga sebelum ke jalan utama yang dilalui banyak kereta.

“Keseluruhannya, kereta itu perlu melalui tiga simpang tiga dan satu daripadanya mempunyai lampu isyarat, sebelum kereta itu dikatakan terbabas dan melanggar tiang lampu,” katanya.

Pada masa sama, Kak Yah berkata, dia tidak kenal rapat dengan keluarga kanak-kanak berkenaan kerana keluarga terbabit jarang ada di rumah kerana sibuk bekerja dan dua kanak-kanak terbabit juga tidak bermain di luar rumah.

Sementara itu, usaha wartawan mendapatkan komen kedua ibu bapa kanak-kanak terbabit gagal kerana panggilan telefon dan pertanyaan menerusi aplikasi WhatsApp tidak dibalas.

Tinjauan ke rumah keluarga kanak-kanak terbabit pula mendapati pintu pagar berkunci rapat dan tiada tanda ada penghuni di rumah berkenaan.

Terdahulu tular di media sosial rakaman dikatakan perbualan antara kanak-kanak lelaki dan ibunya mendakwa kereta terbabit sebenarnya dipandu seorang lelaki tua berbadan besar, hitam dan berbulu yang dipanggil sebagai tokwan.

Bagaimanapun, kesahihan rakaman berkenaan tidak dapat dipastikan setakat ini dengan usaha mendapatkan keluarga berkenaan masih dilakukan.

BHonline-

Tags: kanak-kanakmemandu kereta
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pahang Jamin Kadar Cukai Tanah Tidak Dinaikkan

Next Post

Suami, Isteri Masing-masing Dipenjara 12,640 Tahun

Related Posts

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

Reman Bapa Mangsa Dera Dilanjut 5 Hari

24/05/2025
0

BAYAN LEPAS: Tempoh reman terhadap bapa kepada kanak-kanak berusia 12 tahun yang disyaki didera, di sini, dilanjutkan sehingga 29 Mei...

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

Kanak-kanak Cedera Tangan Kiri Tersepit Rim Motosikal

05/05/2025
0

BALIK PULAU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas tangan kirinya tersepit pada rim motosikal dalam satu kemalangan...

Next Post
Suami, Isteri Masing-masing Dipenjara 12,640 Tahun

Suami, Isteri Masing-masing Dipenjara 12,640 Tahun

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd