• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman

oleh AK-47
13/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Cabul, Seks Luar Tabii Dan Dera Pelajar, Pengasas Dan Warden Pusat Tahfiz Direman
Share on FacebookShare on Twitter

Melaka : Pengasas dan warden sebuah pusat tahfiz di Tanjung Minyak dan Alor Gajah direman empat hari berhubung kes jenayah cabul, seks luar tabii dan mendera enam pelajar.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perintah reman sehingga 16 Mei ini dikeluarkan Majistret Nurul Bahiyah Kamaluddin selepas dipohon polis berdasarkan peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, kedua-dua suspek warga Singapura berusia 40 dan 36 tahun itu tiba di Kompleks Mahkamah Ayer Keroh pada jam 9.35 pagi dan sempat menunjukkan isyarat ‘OK’ kepada media ketika diiringi anggota polis memasuki bilik reman.

Semalam, Harian Metro melaporkan kedua-dua suspek iaitu pemilik atau mudir pusat bimbingan al-Quran berusia 40 tahun dan adik lelakinya yang juga warden asrama berusia 36 tahun ditahan di pusat tahfiz itu di Tanjung Minyak antara jam 1 hingga 1.30 tengah hari

Penahanan itu susulan polis menerima enam laporan dibuat ibu bapa enam pelajar terbabit berusia antara 13 hingga 15 tahun antara jam 6.29 petang hingga 9.13 malam, kelmarin, di Balai Polis Batang Tiga, di sini.

Mengikut laporan, tiga mangsa mendakwa didera secara seksual iaitu dicium dan dicabul suspek pertama berusia 40 tahun.

Sementara tiga lagi dipukul dengan cara ditampar, ditumbuk, dipijak serta disebat dengan rotan oleh suspek kedua yang juga warden hanya kerana lambat menyiapkan tugasan termasuk membersihkan ruang tahfiz.

Semua kejadian itu dilaporkan berlaku di pusat bimbingan tahfiz di Tanjung Minyak dan juga Alor Gajah serta sebuah kondominium di Klebang, Melaka.

-Harian Metro

Tags: cabulDera Pelajarpusat tahfizSeks Luar Tabii
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

Penuntut IPT Didakwa Lakukan Seks Luar Tabii, Amang Seksual Pelajar Tingkatan 5

09/12/2025
0

PASIR MAS: Seorang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) didakwa di Mahkamah Sesyan di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan...

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

Warden Asrama Nafi Cabul Pelajar

07/11/2025
0

Seremban: Guru sekolah di Batu Kikir, Jempol, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd