Saturday, June 22, 2024

Creating liberating content

IRM Komited Bela Mangsa...

DUNIA meraikan hari ini dengan penuh takzim melahirkan penghargaan kepada pejuang dan aktivis...

“Kegawatan Politik Pakatan Harapan”

1. BERDASARKAN kiraan masa, hari ini sudah genap 9 bulan 10 hari Pakatan...

Kesempitan Hidup, Air Rebusan...

RAUB - Hidupnya serba kekurangan namun itu tidak pernah dijadikan alasan untuk mengabaikan...

Transgender Berpakaian Wanita: 4...

Kerajaan Negeri Sembilan dan tiga pihak lain memfailkan permohonan Jumaat lalu, di Mahkamah...

BNM Tidak ‘Kejam’, Kenaikan OPR Untuk Kawal Inflasi – Gabenor

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan bertindak kejam kerana menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 3.0 peratus, baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus menegaskan keputusan tersebut dibuat bagi mengawal inflasi daripada terus melonjak, yang sekali gus akan memberi kesan kepada kuasa beli pengguna.

“Mana lagi kejam kalau inflasi kita di luar kawalan? Kalau inflasi kita naik mendadak, kuasa beli semua orang akan terkesan tanpa mengira anda mempunyai pinjaman atau tidak.

“Jadi kita naikkan OPR kerana kita mahu memastikan ekonomi terus mampan, bukan hanya untuk hari ini tetapi untuk bulan dan tahun-tahun akan datang.

“Kita tidak mahu perkara itu berlaku dan sebab itu kami di sini. Akta bank pusat adalah jelas, di mana mandat kami adalah untuk mempromosikan kemampanan harga dan (situasi) kondusif untuk perkembangan ekonomi,” katanya di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya dakwaan bahawa BNM bertindak kejam dengan menaikkan OPR, dalam sidang media pengumuman prestasi ekonomi Malaysia pada suku tahun pertama 2023.

Pada 3 Mei lalu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM mengumumkan OPR meningkat 25 mata.

Bank pusat berkenaan menyatakan kenaikan tersebut akan menyebabkan kadar siling dan lantai OPR masing-masing kini meningkatkan kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

Ini menjadikan kadar OPR ketika ini kembali kepada kadar seperti prapandemik Covid-19.


Mengulas lanjut, Nor Shamsiah berkata, kenaikan OPR juga bukan untuk menguntungkan bank, sebaliknya setiap keputusan antaranya adalah untuk memastikan keyakinan pendeposit.

Dalam masa yang sama, beliau menegaskan bahawa MPC adalah sebuah badan bebas, dan sebarang keputusan yang diambil tidak dipengaruhi oleh pihak luar.

Tegas Nor Shamsiah lagi, kenaikan OPR tidak menyebabkan peningkatan kebankrapan.

Selain itu, jelas beliau, OPR dinormalisasi dalam keadaan ekonomi yang berdaya tahan dengan situasi permintaan yang kukuh, dipacu oleh permintaan dalam negeri, serta keadaan pasaran buruh yang bertambah baik dan isi rumah kekal berdaya tahan.

Pelarasan OPR juga, tambah Nor Shamsiah, tidak menunjukkan tanda-tanda pengetatan yang berlebihan dalam ekonomi.

“Walaupun inflasi telah menjadi sederhana, ia kekal pada paras tinggi berikutan tekanan harga yang berterusan di tengah-tengah permintaan yang kukuh

“Kadar OPR rendah yang berpanjangan apabila pertumbuhan ekonomi kukuh boleh memberi kesan yang menjejaskan kepada ekonomi termasuk ketidakseimbangan kewangan.

“Akhirnya, matlamat dasar monetari di Malaysia adalah untuk mencapai kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam jangka panjang,” katanya lagi.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori