Tuesday, June 25, 2024

Creating liberating content

Wow… Ini Model ‘Fashion...

WOW! Rekaan terbaru uniform salah sebuah syarikat penerbangan di China telah berjaya mencuri...

Kereta Api Tergelincir Langgar...

KOTA KINABALU: Kereta api yang membawa kira-kira 130 penumpang dari Beaufort ke Kota...

Akta Hasutan Adalah Untuk...

KUALA LUMPUR - Langkah untuk mengekalkan Akta Hasutan 1948 dibuat bagi melindungi sensitiviti...

ASEAN & Jepun Mahu...

KUALA LUMPUR - Jelajah Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) di Jepun yang telah berlangsung...

BN-PH Tawar 5 Perkara Jika Tawan Kedah

ALOR SETAR: Kerajaan Perpaduan menggariskan lima perkara yang akan diberi keutamaan untuk rakyat Kedah sekiranya gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya mengambil alih negeri itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata lima perkara itu membabitkan perniagaan agro, pendidikan maahad tahfiz, pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET), isu bekalan air serta usaha menaik taraf kemudahan telekomunikasi bagi meningkatkan ekonomi dan keupayaan modal insan rakyat Kedah.

Mengulas lanjut, katanya, tumpuan kepada agro business bukan hanya soal keterjaminan makanan dan menjadikan Kedah terus sebagai negeri padi, sebaliknya membabitkan keberhasilan produktiviti kepada usahawan padi yang mesti dipertingkatkan.

“Untuk itu, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) sudah pasti akan mencari metodologi atau kaedah baharu bagi mempertingkatkan keberhasilan.

“Sawah padi harus dibela bukan hanya dengan soal harga padi, tetapi soal baja dan lain-lain bantuan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Perpaduan Negeri Kedah di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Mengulas soal pendidikan maahad tahfiz, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN berkata, pihaknya berazam membantu pelajar maahad tahfiz di Kedah menguasai bidang TVET selain terus memperkukuhkan ilmu al-Quran.

Pada masa sama, katanya, Kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan sekolah Cina dan sekolah-sekolah yang lain.

“Kewajaran untuk membantu maahad tahfiz bukan hanya soal pembelajaran atau Al-Quran, tetapi menyalurkan mereka (pelajar) untuk berada di tingkat lebih tinggi.


“Maka Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan juga universiti lain di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) komited untuk menyalurkan mereka mendapat bukan sahaja diploma, tetapi ijazah hingga ke peringkat PhD,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, setakat ini terdapat kira-kira 9,000 pelajar maahad tahfiz daripada 1,199 institusi itu di Kedah dan kerajaan akan berusaha membantu sekolah aliran itu yang belum mendaftar untuk membuat pendaftaran di agensi berkaitan.

Sementara itu, beliau berkata, kementeriannya akan mewujudkan kolej TVET di bawah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) bagi memperkasakan pendidikan berkenaan.

“Daripada 1,291 institusi TVET di seluruh negara, kerajaan membelanjakan RM6.8 bilion, tentunya negeri Kedah jangan harus dipinggirkan…kita akan ’empower’ (memperkasa) dengan beberapa penambahbaikan program ataupun kita memberikan kursus atau program yang bersesuaian dengan kehendak pasaran guna tenaga,” katanya.

Ahmad Zahid turut memberikan jaminan bahawa isu air di Kedah untuk penggunaan domestik akan ditangani Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan, manakala usaha meningkatkan kemudahan telekomunikasi di kawasan luar bandar dengan liputan rangkaian 5G akan turut diberikan penekanan.

“(Kawasan) luar bandar saya telah memberikan penekanan agar kawasan luar bandar jangan pernah tertinggal dan dipinggir untuk mendapat liputan bagi 5G ini dan kita akan lakukan koordinasi khususnya di kawasan luar bandar, (dengan) pemeriksaan saya sendiri akan memantau,” jelasnya.

Ditanya apakah lima perkara dinyatakan itu akan dimasukkan dalam manifesto Kerajaan Perpaduan kelak, beliau berkata, perkara itu bukan manifesto tetapi akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya menang di Kedah.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori