• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bermula 1 Jun, Kanak-Kanak Berusia 4, 5 Tahun Diberi Vaksin Pneumokokal Secara Percuma – Dr Zaliha

oleh AK-47
31/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bermula 1 Jun, Kanak-Kanak Berusia 4, 5 Tahun Diberi Vaksin Pneumokokal Secara Percuma – Dr Zaliha
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) memperluaskan pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak berusia empat dan lima tahun bermula esok hingga 31 Mei tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, pemberian vaksin menerusi inisiatif imunisasi catch-up pneumokokal (CHUP) bagi mengoptimumkan perlindungan terhadap penyakit pneumokokal invasif dalam kalangan kanak-kanak yang lahir pada 2018 dan 2019.

“Berdasarkan data KKM, kadar discaj akibat penyakit pneumokokal invasif di hospital KKM adalah tinggi dalam kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah.

“Bagi pemberian vaksin itu, ibu bapa boleh bawa anak-anak ke mana-mana fasiliti kita secara ‘walk in’.

“Selain itu, ada juga janji temu melalui MySejahtera. Jadi mereka (ibu bapa) boleh pergi ke aplikasi MySejahtera untuk buat tempahan bagi mendapatkan vaskin di semua fasiliti kesihatan,” katanya kepada media selepas merasmikan sambutan Hari Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2023 bertemakan ‘Tingkatkan Liputan, Kurangkan Keciciran’ di sini hari ini.

Mengulas lanjut,Dr Zaliha berkata, KKM menyasarkan seramai 700,000 daripada sejuta kanak-kanak yang berusia empat dan lima tahun untuk menerima suntikan vaksin pneumokokal menerusi inisiatif itu.

“Walaupun disasarkan 700,000 tetapi kementerian mengharapkan sekurang-kurangnya mencapai 70 peratus daripada sasaran itu,” katanya.

Sementara itu, ketika berucap merasmikan program itu, Dr Zaliha berkata, KKM sudah melaksanakan pemberian vaksin pneumokokal dalam Program Imunisasi Kebangsaan kepada kanak-kanak yang lahir bermula 1 Januari 2020, dan kanak-kanak berkenaan kini sudah mencapai usia tiga tahun.

“Vaksin pneumokokal diberikan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.

“Antara penyakit yang disebabkan bakteria ini adalah radang paru-paru (pneumonia), radang sinus, jangkitan telinga tengah, radang selaput mata dan sarah tunjang serta jangkitan dalam bakteria dalam darah,” katanya.

Katanya, program imunisasi yang dijalankan di peringkat global menunjukkan penurunan kadar kematian bagi kanak-kanak bawah lima tahun di seluruh dunia.

“Penurunan membabitkan 150 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada 1950-an kepada 38 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup pada 2021.

“Bagi negara ini, penurunan kadar kematian bagi kanak-kanak bawah lima tahun daripada 158 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada tahun 1950 kepada 7.4 kematian setiap 1,000 kelahiran hidup pada 2021,” katanya.

“Pencapaian liputan imunisasi untuk bayi dan kanak-kanak adalah tinggi di peringkat kebangsaan dan mencapai sasaran yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu melebihi 95 peratus bagi kebanyakan vaksin utama dalam program imunisasi,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Vaksin Pneumokokal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

1,500 Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Jemaah Haji Selangor

1,500 Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Jemaah Haji Selangor

06/05/2023
0

SHAH ALAM : Sebanyak 1,500 dos vaksin pneumokokal akan diberikan secara percuma oleh kerajaan negeri kepada jemaah haji di negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd