• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut

oleh Mohd Arshad
07/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Air Pasang Besar, Kuala Kedah Dinaiki Air Laut
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR : Beberapa kawasan di Kuala Kedah dinaiki air laut berikutan fenomena air pasang besar yang bermula hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan di sekitar di Kampung Seberang Kota, Kuala Kedah, hari ini mendapati, air laut melimpah sehingga ke warung makan dan jalan masuk ke pasar, sekitar jam 2.30 petang tadi.

Kejadian itu turut menyebabkan pelanggan di warung makan itu terpaksa makan dalam air.

Bagaimanapun, air laut beransur surut selepas hampir sejam kemudian.

Nur Diana Arshad, 30, berkata beliau yang sedang makan bersama tiga rakannya terkejut apabila air mula memasuki warung makan itu sehingga melepasi buku lali.

Namun, katanya, keadaan panik itu bertukar seronok dan akan menjadi kenangan kepada mereka kerana bukan senang hendak makan sambil kaki tenggelam dalam air.

“Masa kami masuk ke kedai makan ini, keadaan biasa saja pun tapi kira-kira 30 kemudian ketika hendak makan, tiba-tiba air naik dengan cepat,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah, Kapten (PA) Saifuddin Abdullah, berkata kejadian air pasang besar melanda negeri itu selama dua hari bermula hari ini dan esok.

Katanya, kejadian air pasang berlaku hari ini pada jam 2.50 petang tadi dan kejadian sama dijangka berlaku pada jam 3.28 petang esok.

“Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah turut melakukan pemantauan awal di kawasan yang terjejas untuk memastikan keselamatan penduduk terutama di kawasan pesisir pantai yang berisiko dinaiki air.

“Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), kejadian angin kencang dan laut bergelora sehingga menyebabkan ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku di beberapa kawasan, termasuk Kuala Kedah bermula esok sehingga Jumaat ini,” katanya ketika ditemui di pejabat APM Negeri Kedah, hari ini.

Saifuddin berkata, keadaan itu juga dijangka menyebabkan ribut di beberapa daerah di Kuala Muda, Yan, Kubang Pasu dan Kota Setar serta Pendang.

Berikutan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya menjauhi pesisir pantai pada waktu air pasang dan ketika cuaca buruk.

-Berita Harian

Tags: Air Lautair pasang besarKuala Kedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

Air Pasang Besar Dijangka Landa Empat Negeri

Air Pasang Besar Dijangka Landa Empat Negeri

09/10/2022
0

PETALING JAYA – Pusat Hidrografi Nasional meramalkan air pasang besar dijangka berlaku di empat buah negeri bermula semalam hingga 13...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd