• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abdul Hadi Ancaman Kepada Kestabilan Kerajaan Perpaduan – Guan Eng

oleh Mohd Arshad
10/05/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Abdul Hadi Ancaman Kepada Kestabilan Kerajaan Perpaduan – Guan Eng
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, bahawa masyarakat bukan Islam negara ini sering memberi ancaman kepada orang Melayu, sebagai perbuatan mengganggu gugat kestabilan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ahli Parlimen Bagan itu berkata, Hadi secara terang-terangan sering menyasar masyarakat bukan Islam dan bukan Melayu di negara ini atas pelbagai sebab.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkan Hadi itu bersifat karut dan boleh mendatangkan bahaya kepada negara.

“Hadi kini sering menyalahkan orang bukan Islam dan bukan Melayu ini sebagai kumpulan perompak besar serta paling banyak memberi dan menerima rasuah. Ini adalah karut kerana kerana kegiatan rasuah itu tidak mengenal siapa dan ia dihadapi oleh semua masyarakat.

“Dia juga secara terang-terangan mendedahkan PAS kini sedang mengejar kuasa dalam pelbagai cara termasuk menyasar orang bukan Islam dan mengeksploitasi taktik pelampau dan perkauman bahawa golongan itu sebagai ancaman kepada orang Melayu.

“Kegagalan kerajaan sebelum ini mendorong Hadi melakukan serangan keterlaluan dan tidak bertanggungjawab terhadap orang bukan Islam. Hadi tidak malu mengulangi pembohongan bahawa kumpulan minoriti memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu dengan peratusan keluar mengundi lebih tinggi daripada Melayu, walaupun sebenarnya orang Melayu mempunyai peratusan keluar mengundi tertinggi daripada semua masyarakat iaitu 79 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang, dalam perkongsian di Facebook, mendakwa orang Melayu kini ‘ditipu secara terbuka’ kerana orang bulan Islam dan bukan Melayu adalah ‘perompak besar.

Bahkan pada Ogos lalu, Hadi turut mendakwa golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera ini sebagai punca rasuah dan mereka itu adalah majoriti yang terbabit dalam merosakkan politik dan ekonomi negara.

Dalam pada itu, bekas Menteri Kewangan itu turut mempersoalkan Hadi mengenai kehilangan kuasa orang Islam di negara ini.

“Bagaimana boleh hilang kuasa sedangkan semua jawatan penting dalam negara ini dipegang oleh orang Melayu dan Islam. Malah dalam Kabinet yang dianggotai oleh 28 orang ini juga, hanya sembilan menteri dalam kalangan bukan Islam.

“Selain itu daripada 148 ahli parlimen kerajaan, sejumlah 77 daripadanya adalah beragama Islam iaitu lebih ramai daripada 72 ahli parlimen Perikatan Nasional,” katanya.

Berikutan itu, Guan Eng meminta rakyat Malaysia untuk bersama-sama membuat laporan polis terhadap Hadi bagi menghentikan politik pecah belah dan bersifat perkauman sekaligus memberi ancaman perpaduan serta integrasi nasional.

-Berita Harian

Tags: Abdul Hadikerajaan perpaduanLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd