• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Halang Kereta Diminta Tampil Buat Laporan Polis

oleh Mohd Arshad
24/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Wanita Halang Kereta Diminta Tampil Buat Laporan Polis
Share on FacebookShare on Twitter

PORT DICKSON : Pihak polis meminta seorang wanita yang videonya tular di media sosial menunjukkan dia menghalang sebuah kereta yang sedang bergerak di hadapan sebuah lampu Isyarat, di Batu 1 di sini untuk tampil membuat laporan polis.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, pihaknya telah mengesan satu video berdurasi 33 saat di akaun Twitter @bckupacc99 menunjukkan seorang wanita cuba menghalang sebuah kereta Proton Wira yang sedang bergerak di persimpangan lampu isyarat tersebut pada 9.43 pagi semalam.

Menurut Muhamad Mustafah, perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan oleh wanita tersebut boleh membahayakan diri sendiri dan mendatangkan kerisauan terhadap orang awam.

“Setakat ini, pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan polis yang dibuat daripada Individu berkenaan berhubung dengan insiden yang berlaku,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jelas beliau, pihak polis menggesa individu tersebut supaya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson atau balai polis berdekatan bagi membuat laporan.

“Penyebaran sedemikian adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

“Pihak polis amat berharap individu ini segera menghubungi polis agar isu itu dapat diselesaikan segera. Orang awam juga boleh menyalurkan maklumat berkaitan seperti yang ditularkan di media sosial,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Kes Wanita Halang Keretalaporan polispolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

Suami Lakukan Dua Tikaman Pada Bahagian Belakang Guna Pisau – Polis Kelantan

01/12/2025
0

TANAH MERAH – Isteri maut ditikam dua kali di bahagian belakang badannya oleh suami menggunakan sebilah pisau di dapur rumah...

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

Lelaki Ditahan Disyaki Lakukan Gangguan Seksual Terhadap Tiga Pelajar MRSM

27/11/2025
0

HULU SELANGOR – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki melakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar perempuan di sebuah asrama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd