• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Timbalan PM UK Letak Jawatan

oleh Mohd Arshad
21/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Waspada Bahaya COVID-19, Jerebu Raya Ini – Pakar kesihatan
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON: Timbalan Perdana Menteri Britain, Dominic Raab meletakkan jawatan hari ini, selepas terpalit dengan dakwaan beliau membuli rakan sekerjanya.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkembangan itu, sekali gus menyaksikan salah seorang lagi menteri tertinggi dalam pentadbiran Perdana Menteri, Rishi Sunak, terpaksa keluar dari kerajaan melalui skandal terbaharu berkenaan.

Ketiadaan menteri kanan ketiga atas salah laku peribadi mereka dalam tempoh enam bulan ini dijangka merisikokan usaha Sunak bagi memulihkan nasib Parti Konservatif yang memerintah selain bertanggungjawab menjanjikan kerajaan yang berintegriti selepas memasuki pejabat di Downing Street, Oktober lalu.

Peletakan jawatan Raab berlaku hanya dua minggu sebelum pilihan raya majlis tempatan Inggeris di mana parti Sunak diramal bakal menempuh nasib buruk.

Ia juga tidak banyak membantu untuk meningkatkan persepsi orang ramai terhadap kerajaannya selepas rakyat berdepan skandal Boris Johnson dan dasar ekonomi huru-hara yang menjatuhkan Liz Truss, hanya dalam tempoh kurang dua bulan mentadbir negara.

Hasil siasatan bebas yang dijalankan sejak beberapa bulan lalu terhadap tindakan Raab, berjaya memperoleh bukti daripada beberapa pegawai kerajaan mengenai aduan buli di tiga jabatan berbeza.

Raab yang memohon siasatan dijalankan, November, selepas aduan rasmi dibuat pegawai kerajaan, berkata, beliau berasa terikat untuk menerima hasil siasatan itu tetapi dalam masa sama mempertahankan tindakannya.

Beliau berkata, laporan itu, yang masih belum didedahkan secara umum, menyimpulkan bahawa beliau tidak pernah bersumpah, menjerit atau menakut-nakutkan secara fizikal sesiapa dalam tempoh empat setengah tahun.

Beliau juga menafikan semua dakwaan kecuali dua daripada tuntutan terhadapnya.

Katanya, penetapan nilai ambang yang rendah terhadap pembulian boleh menandakan aras bahaya bagi tadbir urus kerajaan yang baik.

“Ini akan mempunyai kesan menakutkan kepada mereka yang mendorong perubahan bagi pihak kerajaan dan akhirnya rakyat Britain,” katanya dalam surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri.

Sebelum ini, seorang lagi menteri kanan Sunak, Gavin Williamson, terpaksa meletak jawatan pada November atas dakwaan sama iaitu membuli, selain memecat pengerusi Parti Konservatif, Nadhim Zahawi, Januari lalu selepas didapati melanggar kod kementerian kerana keterbukaannya mengenai hal ehwal percukaiannya.

Sunak turut berdepan siasatan oleh badan pemerhati piawaian Parlimen terhadap tindakannya sama ada beliau mengisytiharkan pegangan saham isterinya dengan telus dalam syarikat penjagaan kanak-kanak yang akan mendapat manfaat daripada dasar kerajaan baharu.

BHonline-

Tags: BritainDominic Raabletak jawatanTimbalan Perdana Menteri
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Waspada Bahaya COVID-19, Jerebu Raya Ini – Pakar kesihatan

Next Post

Polis Siasat Video Martabak Perisa ‘Air Ludah’

Related Posts

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

Britain Gesa Rakyatnya Tinggalkan Lubnan

31/07/2024
0

LONDON : Britain menggesa rakyatnya di Lubnan meninggalkan negara itu, dan memberi amaran bahawa ketegangan di sepanjang sempadan Israel dijangka...

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

08/06/2024
0

Tey Kok Kiew melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Melaka pada 6 Jun lalu dan tempatnya digantikan oleh naib pengerusi Khoo...

Next Post
Waspada Bahaya COVID-19, Jerebu Raya Ini – Pakar kesihatan

Polis Siasat Video Martabak Perisa 'Air Ludah'

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd