• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiga Lelaki Pecah Masuk Pejabat Imigresen Tenom Sedang Diburu

oleh AK-47
15/04/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Tiga Lelaki Pecah Masuk Pejabat Imigresen Tenom Sedang Diburu
Share on FacebookShare on Twitter

Tenom : Polis sedang memburu tiga individu yang memecah masuk Pejabat Imigresen Tenom dan menyerang pengawal keselamatan hingga cedera, Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian jam 1.11 pagi itu, mangsa lelaki warga tempatan berusia 29 tahun turut diikat oleh suspek yang bertopeng.

Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Superintendan Hasan Majid berkata, siasatan awal mendapati ketika sedang membuat rondaan di luar Pejabat Imigresen Tenom, mangsa terserempak dengan dua lelaki tidak dikenali.

Katanya, kedua-dua suspek memakai pelitup muka dan seorang daripada suspek menyerang mangsa dengan senjata tajam dipercayai gergaji besi.

“Mangsa cuba menahan menggunakan tangan lalu cedera. Kedua-dua suspek kemudian mengikat tangan mangsa.

“Suspek memecah masuk melalui pintu belakang pejabat Imigresen dan menyelongkar barang-barang di pejabat sebelum melarikan diri bersama seorang lagi rakannya yang menunggu di dalam kereta,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Hasan berkata, selepas itu mangsa dikatakan menghubungi isterinya menggunakan telefon bimbitnya untuk meminta bantuan.

“Mangsa mengalami cedera di tapak tangan kiri dan kini dirawat di Hospital Keningau. Barang-barang yang hilang iaitu dua telefon bimbit, kunci kereta dan dokumen pasport.

“Identiti semua suspek belum dapat dikenal pasti. Usaha mengesan dan menangkap suspek sedang giat dijalankan,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan samun berkumpulan yang boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun, denda atau sebat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini atau suspek boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, Inspektor Mohd Nouraizam Salleh di talian 0138860569 dan mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

-Harian Metro

Tags: pecah masukPejabat Imigresen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

Bangunan Penginapan Pelajar Johor Di Mesir Dipecah Masuk

28/09/2025
0

Johor Bahru: Bangunan penginapan sementara pelajar Johor di Nasr City, Kaherah, Mesir dilapor dipecah masuk ketika pelajar sedang tidur, awal...

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

Dua Lelaki, Dua Wanita Disyaki Pecah Rumah Ditahan

06/10/2024
0

Iskandar Puteri : Empat kenalan termasuk dua wanita ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di Tanjung Kupang, di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd