• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tanah Runtuh: Pasang Cerucuk Elak Bangunan Berhampiran Terjejas

oleh AK-47
26/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tanah Runtuh: Pasang Cerucuk Elak Bangunan Berhampiran Terjejas
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tindakan menanam cerucuk besi di lokasi tanah runtuh berhampiran Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA) di Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin dekat sini akan dilaksanakan setelah agensi terlibat mengadakan mesyuarat pada Rabu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, satu perbincangan akan dijalankan bersama pihak teknikal terdiri daripada Cawangan Kejuruteraan Cerun Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) serta beberapa agensi lain di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada jam 3 petang Rabu.

“Kita akan bincang dan apakah hasil mesyuarat serta bila akan dilaksanakan (pemasangan cerucuk besi) bagi mengelakkan bangunan berdekatan iaitu Institut Integriti Malaysia dengan MACA daripada terus terjejas akibat risiko hakisan tanah runtuh ini.

“Kita percaya salah satu faktor (runtuhan) disebabkan aliran air yang ditemui semalam, kedua berlaku takungan air atau mendapan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian pada Rabu.

Eng Lai berkata, agensi yang terlibat mendapati masih berlaku runtuhan dan hakisan tanah di lokasi kejadian.

“Kita dapati berlaku runtuhan kecil dan pergerakan tanah pada jam 10 malam tadi, setakat ini, kawasan itu telah ditutup dengan kanvas,” katanya.

Pada Selasa, dilaporkan seramai 76 petugas MACA dan Institut Integriti Malaysia (IIM) berdepan detik cemas selepas berlaku runtuhan tanah di kawasan itu kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Kejadian itu melibatkan kawasan di depan pintu akademi milik SPRM dan meruntuhkan sebuah pondok kawalan dengan keluasan tanah runtuh dianggarkan 30.48 x 36.57 meter persegi.

-Sinar Harian

Tags: Cerucuktanah runtuh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd