• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tahanan Bolos, Siasatan Dalaman Dilancarkan

oleh Mohd Arshad
12/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Tahanan Bolos, Siasatan Dalaman Dilancarkan
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan melaksanakan siasatan dalaman susulan kes dua pendatang asing tanpa izin (PATI) yang melarikan diri selepas dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Sesyen Kota Tinggi semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, siasatan dalaman itu dibuat bagi mengesan sekiranya berlaku pelanggaran prosedur keselamtan ketika membawa tahanan itu.

“Difahamkan, ketika kejadian, suspek berjaya membuka gari dan menendang pintu belakang kenderaan yang membawa mereka, sebelum meloloskan diri ke dalam hutan berhampiran.

“Kita akan melakukan siasatan dalaman dan mengambil tindakan, sekiranya berlaku pelanggaran prosedur keselamtan ketika membawa tahanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow dilaporkan berkata, dua lelaki warga Indonesia yang juga tahanan Maritim Malaysia itu berjaya ditemui semula masing-masing pada jam 10.35 malam tadi dan 10.40 pagi tadi.

Katanya, suspek pertama berusia 40 tahun ditemui di sebuah pondok di kebun sayur dekat Sengkang, Jalan Felda Inas – Kulai, malam tadi.

Manakala, katanya, suspek kedua berusia 36 tahun ditahan di sebuah pondok dekat kebun sayur dekat Taman Saga di jalan yang sama, pagi tadi.

Beng Yeow dilaporkan berkata, pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan.

Nurul Hizam berkata, semalam, kedua-dua Pati itu dilaporkan melarikan diri ketika dalam perjalanan dari Mahkamah Sesyen Kota Tinggi ke Penjara Satelit, Ledang, kira-kira jam 10.50 pagi sebaik tiba di Jalan Inas – Kulai, Kulai.

Beliau berkata, mereka dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas didapati bersalah mengikut Seksyen 56(1A)(a) Akta Imigresen 1956/63 kerana tidak mempunyai pas atau dokumen yang sah masuk ke Malaysia.

-Berita Harian

Tags: Kes Tahanan Bolossiasatan dalaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Salman Arah Siasatan Dalaman Kes Jamal Khashoggi

15/10/2018
0

WASHINGTON - Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud telah memerintahkan pendakwa raya awam untuk membuka siasatan dalaman berhubung kes...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd