• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sivakumar Nafi Pejabat, Rumah Digeledah SPRM

oleh AK-47
17/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sivakumar Nafi Pejabat, Rumah Digeledah SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menafikan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah kediaman beliau, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketika diasak puluhan media sama ada badan penguatkuasa itu melakukan penggeledahan ke atas kediaman termasuk pejabatnya, Ahli Parlimen Batu Gajah itu hanya menjawab tidak.

“Tidak, tidak,” katanya ketika ditemui selepas majlis pra pelancaran National Training Week (NTW) 2023 di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau sekali lagi mengulangi kenyataan untuk memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan berkenaan.

“Saya akan beri kerjasama, Kementerian Sumber Manusia akan beri semua kerjasama dalam siasatan ini.

“Biar mereka (SPRM) buat siasatan, (kes) masih dalam proses siasatan dan kalau apa-apa kita akan bagi kerjasama yang penuh..okay.. itu saja.

“(Semalam) kita hanya beri kenyataan, saya kata akan bagi kerjasama, saya bagi kerjasama,” ujarnya.

Akhbar Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Sivakumar disiasat SPRM berhubung dakwaan menerima wang bernilai jutaan ringgit menerusi orang tengah sebagai jaminan meneruskan kontrak-kontrak kerajaan terhadap individu tertentu.

Ahli Parlimen DAP itu dipanggil membantu siasatan susulan siasatan SPRM terhadap seorang pegawai tugas-tugas khas dan penahanan setiausaha sulitnya minggu lalu.

Sesi merakam keterangan itu juga dipercayai berlangsung selama lebih sembilan jam dan serentak itu SPRM turut dikatakan menggeledah pejabat dan rumah menteri terbabit bagi menjejaki wang yang didakwa diperoleh beliau.

Katanya, kehadiran Sivakumar ke SPRM bagi menjelaskan dakwaan beliau telah menerima wang secara tunai oleh seorang ahli perniagaan yang juga ditahan SPRM bersama dua pegawai kanannya.

-Utusan Online

Tags: SPRMV Sivakumar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd