• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sistem Akaun Diceroboh, Syarikat Rugi RM1.9 Juta

oleh AK-47
05/04/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Sistem Akaun Diceroboh, Syarikat Rugi RM1.9 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Sebuah syarikat terpaksa menanggung kerugian RM1.9 juta selepas sistem akaunnya diceroboh, 24 Mac lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada wanita berusia 41 tahun berhubung dakwaan itu, minggu lalu.

Katanya, kejadian itu menyebabkan berlaku pemindahan keluar wang syarikat kepada pihak tidak dikenali.

“Siasatan awal polis mendapati pihak syarikat telah menggunakan kaedah pembayaran secara ‘bulk payment’ daripada sebuah bank tempatan untuk membuat pembayaran kepada pembekal secara bulanan.

“Melalui kaedah tersebut, pihak syarikat akan mendaftarkan nama, nombor akaun syarikat pembekal dan jumlah penbayaran perlu dibuat dalam sistem tersebut.

“Dengan kaedah itu, pada setiap bulan syarikat hanya memasukkan nilai bayaran sahaja tanpa mengubah apa-apa data pada nama syarikat penerima, nombor akaun dan akan klik sistem tersebut untuk dihantar kepada pihak bank untuk pembayaran,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Kamarul Zaman, sehari sebelum membuat laporan polis, wanita itu membuat semakan penerima bayaran pada 24 Mac.

Katanya hasil semakan mendapati terdapat 10 transaksi bayaran kepada 10 syarikat telah diubah kepada pihak lain yang tidak dikenali.

“Sepuluh syarikat ini tidak mempunyai apa-apa urusan dengan syarikat pengadu.

“Pengadu percaya sistem ‘bulk payment’ syarikatnya telah diceroboh dan menyebabkan butiran penerima diubah kepada pihak lain.

“Polis menasihati orang ramai agar berhati-hati dalam urusan membuat pembayaran secara dalam talian, walaupun ianya ditetapkan dari awal lagi. Pastikan setiap butiran diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ianya betul, sebelum klik meneruskan pembayaran,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seskyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

-Harian Metro

Tags: Sistem Akaun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd