• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sisa Makanan Meningkat 12.9 Tan Sehari Di Perlis

oleh Mohd Arshad
12/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sisa Makanan Meningkat 12.9 Tan Sehari Di Perlis
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU : Janaan sisa makanan di tapak pelupusan sampah sekitar negeri ini bagi tempoh dua minggu Ramadan meningkat sebanyak 12.9 tan metrik sehari meliputi jumlah 21.53 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Secara purata, sebanyak 0.384 tan metrik sisa makanan dibuang ke tapak pelupusan dalam masa sehari dan mampu menampung hampir 1,280 orang dengan hidangan seberat 300 gram.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Fakhrul Anwar Ismail berkata, sisa makanan merupakan penyumbang utama di tapak pelupusan sampah dan turut menjadi penyebab kepada pengeluar gas rumah hijau (GHG) ketiga terbesar di Malaysia.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan membuat perancangan awal sebelum ke bazar Ramadan dan bersederhana dalam penyediaan makanan,” katanya dalam Program Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran Sempena Bulan Ramadan 2023 di Bazar Arau, semalam.

Dalam pada itu, Fakhrul Anwar berkata, SWCorp melalui syarikat konsesi E-Idaman Sdn Bhd turut merancang operasi khas bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya, operasi tersebut melibatkan kutipan sampah pukal khas seminggu sebelum sambutan perayaan berkenaan di samping penukaran tong sampah berkapasiti 1,100 liter kepada tong roll on roll off (roro) melibatkan 12 lokasi ‘hotspot’ yang dikenal pasti menjana kadar jumlah sampah tinggi.

“Rondaan secara berkala juga akan dilaksanakan oleh SWCorp bagi memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan terkawal,” katanya.

Mengenai kempen berkenaan, Fakhrul Anwar berkata, insiatif itu dilaksanakan bagi memberi kesedaran kepada peniaga dan pengunjung supaya mengelakkan pembaziran makanan sewaktu penyediaan juadah berbuka puasa di samping memastikan pengguna dapat berbelanja mengikut keperluan.

Dalam pada itu, program MySavefood selama tujuh hari bermula 31 Mac sehingga 10 April bertujuan bagi menyelamatkan lebihan makanan yang masih elok dan tidak terjual di bazar Ramadan untuk diagihkan kepada pihak memerlukan.

“Sepanjang tempoh pelaksanaan program itu, sebanyak 84.804 kilogram makanan dan 90.456 kilogram minuman telah berjaya diselamatkan dan diagihkan kepada penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Arau.

“Kempen sebegini perlu dibudayakan bukan sahaja dalam tempoh perayaan namun harus diteruskan pada masa hadapan bagi mengelakkan pembaziran makanan berlaku,” katanya.

-Utusan Online

Tags: PerlisSisa Makanan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Saman 1MDB Terhadap Riza Dibicara Penuh Tahun Depan

Next Post

Dipenjara 6 Tahun Jerut Leher, Ugut Isteri

Related Posts

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

Air Pasang Besar Dijangka Landa Perlis, APM Siap Siaga Kemungkinan Banjir

16/10/2024
0

KANGAR - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis bersiap siaga dengan kemungkinan banjir gelombang ketiga di negeri itu pada Jumaat...

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

36 Rumah Rosak Dalam Kejadian Ribut Di Perlis

23/06/2024
0

Kangar : Sebanyak 36 rumah mengalami kerosakan dalam dua kejadian ribut yang melanda Perlis hari ini, dan Jumaat lalu, menurut...

Next Post
Dipenjara 6 Tahun Jerut Leher, Ugut Isteri

Dipenjara 6 Tahun Jerut Leher, Ugut Isteri

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd