• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sayap Bersekutu Bersatu Gesa Sivakumar Bercuti

oleh AK-47
15/04/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Sayap Bersekutu Bersatu Gesa Sivakumar Bercuti
Share on FacebookShare on Twitter

Sayap Bersekutu Bersatu menggesa V Sivakumar supaya bercuti daripada menggalas tugas sebagai menteri sumber manusia sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan rasuah bernilai RM97 juta yang melibatkan sebuah agensi pengambilan pekerja asing.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua penerangan sayap parti politk itu, S Subramaniam berkata tindakan itu wajar memandangkan dua pegawai kanan yang ditahan oleh SPRM bekerja untuk menteri.

“Laporan media mengatakan setiausaha sulit dan pegawai tugas-tugas khas menteri telah ditahan oleh SPRM. Kedua-dua suspek ini dilantik oleh menteri selepas beliau menjadi menteri.

“Maka, beliau wajar bercuti sehingga SPRM menyelesaikan siasatan ini.

“Mungkin ada konflik kepentingan,” katanya pada satu kenyataan hari ini.

Subramaniam (gambar, atas) mengulas laporan dua pegawai kanan menteri sumber manusia ditahan SPRM.

Selain pegawai kanan menteri, SPRM telah menahan tiga suspek setakat semalam termasuk seorang ahli perniagaan dari Ipoh bagi membantu siasatan kes rasuah berkaitan penggajian pekerja asing.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki telah mengesahkan penahanan itu.

Difahamkan siasatan SPRM tertumpu kepada individu lain dalam kementerian dan agensi berkaitannya.

Sivakumar yang juga ahli parlimen Batu Gajah sebelum ini berkata dia tidak dapat memberikan sebarang komen lanjut kerana kes berkenaan sedang disiasat pihak berkuasa.

Katanya, dia dan Kementerian Sumber Manusia akan memberi kerjasama penuh kepada agensi siasatan sekiranya diperlukan.

Sementara itu, Subramaniam meminta pendirian DAP mengenai kes ini.

“Saya masih ingat, pada 2017, DAP mendesak menteri sumber manusia ketika itu Richard Riot untuk bercuti berkaitan siasatan SPRM terhadap dakwaan penyelewengan dana RM40 juta Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) melibatkan setiausaha politik menteri.

“Maka, sekarang kita nak lihat apakah pendirian DAP pada kali ini,” katanya.

-Malaysia Kini

Tags: Sayap Bersekutu BersatuV Sivakumar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Ambil Keterangan Sivakumar Isu Pekerja Asing

Skandal Rasuah: Sivakumar Sahkan Lima Pegawai Dipecat

09/05/2023
0

Menteri Sumber Manusia V Sivakumar hari ini mengesahkan lima pegawainya telah dipecat berhubung skandal rasuah dan salah guna kuasa baru-baru...

Sivakumar Nafi Pejabat, Rumah Digeledah SPRM

Sivakumar Nafi Pejabat, Rumah Digeledah SPRM

17/04/2023
0

PUTRAJAYA : Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar menafikan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah kediaman beliau, semalam. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd