• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman 1MDB Terhadap Riza Dibicara Penuh Tahun Depan

oleh AK-47
12/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Saman 1MDB Terhadap Riza Dibicara Penuh Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Saman 1MDB berjumlah US$248 juta terhadap penerbit filem Hollywood Riza Shahriz Abdul Aziz dan dua syarikat miliknya akan melalui perbicaraan penuh pada Oktober dan November tahun depan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam Riza, Desmond Low ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Dia berkata kes akan dibicarakan di depan hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan pada 16 hingga 18 Oktober, 21 hingga 25 Oktober, 28 Oktober dan 1 November dan 4 November 2024.

Dia memaklumkan perkara itu selepas pengurusan kes saman tersebut dengan Raja Ahmad Mohzanuddin hari ini.

Dua syarikat Riza adalah Red Granite Pictures Incorporated and Red Granite Capital Limited.

Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan subsidiarinya memfailkan saman terhadap Riza dan dua syarikat itu atas dakwaan memperdaya dan menyalahgunakan US$248 juta miliknya untuk kepentingan peribadi, termasuk mendanai penerbitan filem dan membeli hartanah.

Plaintif mendakwa memandangkan Riza menguruskan kedua-dua syarikat itu, dia sepatutnya tahu yang dana yang berasal dari 1MDB itu telah disalahgunakan.

Plaintif antara lain menuntut pengisytiharan yang Riza bertanggungjawab terhadap dana tersebut dan membayarnya semula.

Dalam pernyataan pembelaannya, Riza mendakwa wang tersebut diterima menerusi pinjaman daripada kerabat diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company (IPIC), bukannya 1MDB.

Dia mendakwa sebagai penerbit filem yang tidak dikenali, sukar untuknya mendapatkan pinjaman daripada bank komersial dan ia membuatkannya perlu mencari dana daripada individu atau syarikat.

Pada 5 Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan 1MDB utnuk mendapatkan dokumen bagi saman itu.

Dokumen yang diminta berkaitan resit dan penggunaan US$10,173,104 oleh Red Granite Pictures dan US$238 juta oleh Red Granite Capital Limited.

Selain 1MDB, tiga lagi plaintif adalah 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited.

-Malaysia Kini

Tags: 1MDBRiza Shahrizsaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd