• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRN: Rundingan Kerusi PH, BN Diumum Lepas Aidilfitri

oleh Mohd Arshad
17/04/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
PRN: Rundingan Kerusi PH, BN Diumum Lepas Aidilfitri
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Hasil rundingan berhubung pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dijangka diumumkan selepas Aidilfitri atau sebelum hujung Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH), Fahmi Fadzil berkata, pimpinan tertinggi parti politik PH dan BN akan mengumumkan hasil rundingan kerusi itu nanti.

“Saya percaya tidak lama lagi pimpinan akan umumkan hasil rundingan kerusi, tetapi saya jangkakan ia sangat positif,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pengumuman Program Mangkin Malaysia Digital (Pemangkin), di sini hari ini.

Bagaimanapun Fahmi berkata, maklumat terperinci mengenai rundingan kerusi perlu dirujuk kepada Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail atau Timbalan Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli.

Sebelum ini, Saifuddin Nasution memaklumkan proses rundingan kerusi DUN sudah dibincangkan di peringkat pusat antara PH dan BN berdasarkan parameter serta formula yang ditetapkan.

Pada 22 Februari lalu, menteri besar dan ketua menteri dari enam negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan mencapai kata sepakat untuk mempertimbangkan pembubaran DUN masing-masing dalam dua minggu terakhir Jun bagi memberi laluan kepada PRN.

Mengenai berita gembira kepada pengguna pelan prabayar, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Digital berkata beliau masih perlu berbincang dengan beberapa pihak.

“Insya-Allah Isnin atau Selasa. Saya kena hubungi beberapa orang lepas ini untuk minta mereka buat pengumuman itu. Ada beberapa (berita) menarik untuk pengguna pelan pasca bayar,” katanya.

Jumaat lalu, Fahmi memaklumkan beliau akan mengumumkan berita gembira kepada pengguna pelan prabayar.

Pada majlis hari ini, Fahmi mengumumkan Pemangkin akan menambah sembilan sektor tumpuan yang telah dikenal pasti oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) termasuk pelancongan digital, pertanian digital dan bandar digital membabitkan nilai pelaburan sebanyak RM1 bilion menjelang 2025.

-Harian Metro

Tags: BNPHPRNRundingan Kerusi PH-BN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

Peluang Terakhir Untuk BN Berubah, Kerjasama PRN Atau Hadapi Tentangan PH – Suhaizan

18/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen PH Pulai, Suhaizan Kaiat menyifatkan ucapan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim Konvensyen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd