• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjawat Awam Terima Gaji, Bantuan Kewangan 14 April – PM

oleh Mohd Arshad
10/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penjawat Awam Terima Gaji, Bantuan Kewangan 14 April – PM
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH : Penjawat Awam Persekutuan akan menerima bayaran gaji selewat-lewatnya 14 April ini, diawalkan tiga hari berbanding 17 April seperti dijadualkan sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia akan turut membabitkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri berjumlah RM700 yang diumumkan sebelum ini.

“Saya terima banyak permohonan, 17 (April) ke atas itu terlalu suntuk untuk membuat persiapan Hari Raya. Jadi kita awalkan, selewat-lewatnya 14 April kita selesaikan,” katanya selepas menghadiri sesi penyampaian Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di Bank Simpanan Nasional Cawangan Meru Raya, hari ini.

Terdahulu CUEPACS mencadangkan supaya tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam diawalkan kepada 14 April ini.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata ia bagi membolehkan penjawat awam membeli barangan untuk persediaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 22 April ini.

Anwar juga berkata bayaran pencen untuk pesara turut diawalkan pada tarikh yang sama.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri akan memanfaatkan hampir satu juta penerima dalam kalangan pesawah, pekebun kecil getah, nelayan dan sukarelawan beruniform termasuk Jabatan Sukarelawan Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Sukarelawan Bomba dan Sukarelawan Polis.

Terdahulu Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turun padang melihat proses penunaian STR Fasa 2 di BSN Cawangan Meru Raya.

Beliau turut menyampaikan STR secara tunai kepada beberapa penerima.

Sebelum ini kerajaan mengumumkan pembayaran STR Fasa 2 dilaksanakan mulai 5 April 2023 bagi membantu rakyat melakukan persiapan menyambut Aidilfitri.

Ia membabitkan peruntukan RM1.26 bilion yang memanfaatkan seramai 8.7 juta penerima daripada golongan B40.

Sementara itu, Anwar kemudian melakukan Lawatan Rahmah ke Bazar Ramadan Taman Jati di sini dan menghabiskan masa selama 30 minit di bazar itu.

Perdana Menteri diiringi Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching.

Dalam kunjungan itu Anwar beramah-mesra dengan pengunjung serta peniaga dan sempat bergambar dengan mereka, selain membeli beberapa juadah untuk berbuka puasa.

-Berita Harian

Tags: bantuan kewanganGajiPenjawat Awam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

Mengapa Masih Belum Ada Arahan ‘Work From Home’? – Radzi Jidin

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan bekerja dari rumah (WFH) dalam kalangan penjawat awam menjadi tanda tanya apabila sehingga kini belum ada...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd