• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Buat Hantaran Jelik Terhadap Sultan Johor

oleh Mohd Arshad
28/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penganggur Mengaku Tidak Bersalah Buat Hantaran Jelik Terhadap Sultan Johor
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan membuat dan memulakan komunikasi jelik berunsur penghinaan terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar melalui laman Facebook miliknya minggu lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Muhammad Indera Mulia Ahmad, 35, didakwa telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi lain yang jelik sifatnya melalui aplikasi Facebook menggunakan laman profil ‘Indera Mulia’ dengan niat untuk menyakiti hati orang lain pada 10.29 pagi, 21 April.

Hantaran berserta lampiran memaparkan gambar Sultan Johor itu kemudian dibaca di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Wangsa Maju, di sini pada 6 petang, 24 April.

Pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama.

Sabit kesalahan membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ngoh Jess Lynn menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh tidak boleh membuat sebarang hantaran mengenai kes ini sepanjang kes berjalan di mahkamah, bagaimanapun lelaki itu yang tidak diwakili peguam merayu jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan dan hutang yang banyak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 26 Mei ini untuk sebutan semula kes.

-Berita Harian

Tags: hantaran jelikPenganggurSultan Johor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

Bunuh Ibu Teman Lelaki, Penganggur Didakwa Di Mahkamah

30/07/2025
0

TELUK INTAN: Seorang penganggur wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya,...

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

Penganggur Didakwa Bunuh Rakan Serumah Kerana Bilik Bersepah

03/07/2025
0

SHAH ALAM - Seorang penganggur yang berhijrah dari kampung ke Sungai Buloh untuk mencari pekerjaan, didakwa di Mahkamah Majistret di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd