• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PDRM Umum Pertukaran 18 Pegawai Kanan

oleh AK-47
19/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
PDRM Umum Pertukaran 18 Pegawai Kanan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan pertukaran dan kenaikan pangkat 18 pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 22 Mei ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mendahului senarai adalah Ketua Polis Kedah, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang bertukar ke Komisioner Polis Pentadbiran Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Fisol Salleh pula memegang jawatan sebagai Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Komisioner Polis bagi menggantikan Wan Hassan.

“Timbalan Ketua Polis Kedah Datuk Mohd Roze Shaari pula bertukar ke Timbalan Pengarah Pengurusan (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

“Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Azman Ayob pula akan memegang jawatan Timbalan Pengarah (Operasi) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorsiah berkata, Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur Datuk Abu Samah Mohd Noor pula bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kedah dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Victor Sanjos bertukar ke Timbalan Ketua Polis Kelantan dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

“Ketua Penolong Pengarah D7 (Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Mohamad Noor Yusof Ali pula akan memegang jawatan Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Penolong Pengarah Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram JSJK Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid bertukar ke Ketua Cawangan Khas Kuala Lumpur.

“Selain itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha akan memegang jawatan Ketua Penolong D7 Pencegahan Judi, Maksiat dan Gangsterism) JSJ Bukit Aman.

“Penolong Pengarah (Siasatan, Perundangan, Kajian Kes) Bahagian Pematuhan Standard Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Asisten Komisioner Arifai Tarawe bertukar ke Ketua Polis Daerah Seremban, Negeri Sembilan,” katanya.

-Harian Metro

Tags: PDRMpegawai kanan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

PDRM Terima 45 Laporan Pemalsuan Dokumen 7 Pemain Warisan

07/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 45 laporan berhubung isu pemalsuan dokumen membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya. Laporan...

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

RM415,510 Kutipan Saman Trafik Tertunggak Berjaya Dikutip

20/10/2025
0

MELAKA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip 3,409 saman trafik tertunggak bernilai RM415,510 menerusi kempen diskaun 50 peratus sempena Program Madani...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd