• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Op Pantau: KPDN Keluar 374 Notis Babitkan Kompaun RM60,200

oleh Mohd Arshad
27/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Op Pantau: KPDN Keluar 374 Notis Babitkan Kompaun RM60,200
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengeluarkan 374 notis atas pelbagai kesalahan membabitkan nilai kompaun RM60,200 sepanjang Ops Pantau 2023 bermula 23 Mac hingga 21 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Penguatkuasanya, Datuk Azman Adam berkata, notis kesalahan itu dikeluarkan menerusi pemeriksaan ke atas 66,701 premis di seluruh negara.

Beliau berkata, sepanjang tempoh sama, sebanyak 1,127 aduan oleh pengguna juga telah diterima.

“Ops Pantau 2023 dilaksanakan secara seragam membabitkan Bazar Ramadan, Bazar Aidilfitri, pasar awam, pasar basah, pasar raya besar, pasar raya, kedai runcit dan aktiviti penjualan secara dalam talian.

“Ia dilaksanakan bertujuan memastikan tahap pematuhan tinggi dalam kalangan peniaga di samping membantu rakyat Malaysia mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup terutama sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, pemeriksaan Ops Pantau 2023 antara lain memfokuskan pemantauan ke atas beberapa perkara termasuk bekalan barang, harga barang, jualan murah, alat timbangan, penjualan barang tiruan dan cetak rompak.

Azman berkata, KPDN akan terus menggiatkan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan setiap hari di seluruh negara serta mengingatkan semua peniaga agar terus mematuhi segala perundangan yang dikuatkuasakan kementerian.

Menurutnya, pemantauan akan diteruskan meskipun Ops Pantau 2023 telah tamat tempoh pada 21 April lalu.

“Kementerian juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peniaga yang sentiasa memberikan kerjasama dan mematuhi perundangan yang telah ditetapkan oleh kerajaan sepanjang pelaksanaan Ops Pantau 2023.

“Kami mendapati tindakan kes pada tahun ini juga menunjukkan penurunan berbanding pada tahun sebelumnya,” katanya.

UtusanOnline-

Tags: kompaunKPDNOp Pantau
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

Presma Dipanggil Beri Penjelasan Berhubung Dakwaan Kenaikan Kos Operasi – Fuziah

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan dipanggil bagi memberi penjelasan berhubung dakwaan kos operasi akan mengalami...

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd