• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nombor Plat Pendaftaran ‘AMY 1’ Dibida RM400,000

oleh Mohd Arshad
18/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Nombor Plat Pendaftaran ‘AMY 1’ Dibida RM400,000
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH: Nombor plat pendaftaran kenderaan ‘AMY 1’ yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dibida sebanyak RM40,000 iaitu tertinggi sepanjang tempoh lima hari bidaan dibuka bermula 9 April lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Nilai bidaan itu mengatasi nombor plat kenderaan siri ‘AKU’ seperti AKU 8055 serta AKU 1 yang dikeluarkan pada Ogos 2017. Nombor plat AKU 8055 dibida pada harga RM74,000 manakala RM207,898.90 bagi AKU 1.

Pengarah JPJ Perak, Mohammad Yusoff Abustan berkata selepas AMY 1 nombor plat pendaftaran AMY 2 hingga AMY 9 masing-masing dibida pada harga melebihi RM80,000 setiap satu.

Katanya, pihaknya berjaya mengutip hasil bidaan sebanyak RM6 juta bagi nombor pendaftaran siri ‘AMY’ pada sesi berkenaan yang berakhir 13 April.

“Masih ada 16 sahaja nombor berbaki membabitkan nombor popular bagi siri AMY ini,” katanya pada program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 peringkat Perak di pekarangan Pasaraya Mydin Meru Raya, di sini, hari ini.

Hadir sama EXCO Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak merangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin serta Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, Hamdan Ali.

Mohammad Yusoff berkata bidaan yang dibuka melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid) itu turut mengatasi pendaftaran plat siri ‘AMG’ sebelum ini yang disifatkan rata-rata sebagai pembida ‘Mercedes Lover’ (pengguna kenderaan jenama Mercedes Benz).

“Dengan siri ‘AMY’ sekarang, saya melihat ‘trend’ macam orang banyak duit memandangkan hampir semua nombor-nomor popular sudah dibida dan dimiliki,” katanya.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, lebih tiga juta kenderaan dijangka memasuki Perak termasuk melalui Lebuh Raya Utara-Selatan sempena sambutan Aidilfitri khususnya pada waktu puncak iaitu pada Jumaat, Sabtu, dan Ahad ini.

Katanya, sepanjang tempoh waktu itu 159 anggota JPJ Perak ditugaskan membuat rondaan dan pemantauan membabitkan dua peralihan waktu tugas sehari.

Mengenai kawasan titik panas (hotspot) berlaku kemalangan, beliau berkata seperti tahun sebelumnya tumpuan utama diberikan terhadap laluan antara Ipoh Utara dan Kuala Kangsar berhampiran kawasan Terowong Menora yang sering berlaku kesesakan teruk.

Katanya, manakala bagi dua daerah yang mencatatkan angka tertinggi kemalangan jalan raya di Perak iaitu Kinta dan Manjung, tumpuan diberikan kepada laluan antara Batu Gajah ke Siputeh dan Ipoh-Siputeh hingga Tronoh bagi daerah Kinta dan beberapa jalan sekitar pusat bandar Seri Manjung menghala Pelabuhan Lumut bagi daerah Manjung.

“Laluan-laluan ini sebenarnya adalah kawasan terdedah kepada kemalangan yang perlu dijaga dengan sejumlah anggota JPJ akan diletakkan di situ.

“Bagi mereka dari Selangor yang hendak menuju utara melalui Perak, dicadang menggunakan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) bagi mengelakkan kesesakan di Lebuh Raya Utara Selatan.

“Dan bagi yang dari Gopeng (Ipoh) menghala ke Kuala Kuala Kangsar, disaran menggunakan jalan lama (laluan Persekutuan) melalui Sungai Siput bagi mengelakkan kesesakan khususnya di Terowong Menora,” katanya.

BHonline-

Tags: bidaanJPJnombor plat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Op Lancar Bermula Hari Ini Fokus Laluan Sesak – Anwar

Next Post

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

Related Posts

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

Operasi Penyamaran Musim Perayaan Diteruskan – JPJ

17/03/2025
0

PASIR PUTEH – Operasi penyamaran akan diteruskan oleh anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada musim perayaan menerusi Ops Khas Sempena...

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

Suami Isteri Kejar Kereta Penembak Demi Nombor Plat

11/02/2025
0

KLUANG: Pasangan suami isteri nekad mengejar sebuah kereta dinaiki tiga suspek sejauh dua kilometer selepas penjenayah itu cuba membunuh mereka...

Next Post
Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan Ketika Keluar Beli Baju Raya

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd