• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

oleh AK-47
12/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hasil tinjauan di Twitter membabitkan 900 pengguna selama lapan jam mendapati 77 peratus bersetuju supaya umur persaraan dikekalkan kepada 60 tahun.

Sembilan peratus bersetuju supaya kerajaan menaikkan umur persaraan kepada 65 tahun dan 14 peratus lagi memberikan pandangan sendiri.

Pada Ahad lalu, Penasihat Buruh Antarabangsa Persatuan Khidmat Nasihat Pencarum Perlindungan Sosial Malaysia (SPCAAM), Callistus Antony D’Angelus, dilaporkan berkata golongan pekerja perlu diberi pilihan umur bersara, sama ada 60 atau 65 tahun bagi menamatkan perdebatan mengenai had usia persaraan.

Ia susulan cadangan terbaru supaya kerajaan meningkatkan had umur bersara daripada 60 tahun ketika ini kepada 65 tahun seperti dilaksanakan di beberapa negara maju termasuk Singapura.

Sementara itu, pelbagai pandangan diberikan pembaca dalam ruangan komen tinjauan berkenaan.

“Sebab orang tua tak nak pencen habis anak-anak muda tiada penempatan. Jawatan-jawatan tinggi semua berat nak tinggalkan jawatan, anak muda dapat jawatan yang cikai-cikai,” kata @VirgoDesire.

“Yang lepas graduan tu nak buat apa,” kata @vsptime.

“Dah tua baik jaga cucu je. Kalau betul pun masih diperlukan buat je la jemputan. Tak payah semua nak dibantai 65, dah sampai masa berehat,” kata @MatGmadness.

Sementara itu, rata-rata komen daripada pengguna lain mencadangkan supaya umur persaraan dikurangkan ke 50 hingga 55 tahun, iaitu had umur bersara penjawat awam yang ditetapkan pada tahun 2001.

Baru-baru ini, Pasaran Buruh Masa Hadapan (EU-ERA) menjangkakan had usia persaraan di negara ini akan dinaikkan daripada 60 ke 65 tahun dalam beberapa tahun akan datang.

Ketua Ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari, berkata had usia persaraan beberapa negara boleh dijadikan contoh dalam memanfaatkan pekerja berusia untuk keberhasilan negara.

Beliau berkata, persaraan wajib di Malaysia yang ditetapkan pada usia 60 tahun secara relatifnya lebih rendah berbanding negara lain, contohnya usia persaraan di Jepun ditetapkan pada usia 65 tahun dengan saiz warga emas tertinggi di negara itu.

“Di Australia, usia persaraan telah dinaikkan secara beransur-ansur daripada 65 kepada 67 tahun. Di sesetengah negara Eropah, usia persaraan adalah lebih tinggi. Sebagai contoh, di Perancis ditetapkan pada usia 62 tahun, manakala di Jerman pada usia 65 tahun.

“Usia persaraan di sesebuah negara adalah penunjuk buruh dan sosial yang penting, yang juga adalah instrumen dasar.

“Menaikkan usia persaraan akan menggalakkan kestabilan kewangan dan kebajikan pekerja, meningkatkan bekalan buruh, menyumbang hasil cukai dan mengurangkan tekanan fiskal kepada kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman, berkata lanjutan had usia bersara daripada 60 kepada 65 tahun tidak sesuai dilaksanakan di negara ini berikutan isu yang lebih mendesak adalah penyediaan peluang pekerjaan untuk golongan belia.

MEF katanya, kekal dengan pandangan had usia bersara tidak perlu dilanjutkan kerana negara tidak tidak mengalami kekurangan bakat atau sumber.

“MEF berpandangan ketika ini bukan masa untuk lanjutkan usia bersara.. 60 tahun sudah memadai dalam kebanyakan pekerjaan walaupun ada yang benarkan (bekerja) hingga 65 tahun.

“Hari ini masih terdapat pengangguran dalam kalangan belia. Kita perlu memastikan belia kita bekerja. Yang penting keutamaan diberikan kepada mereka,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Netizenusia persaraan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tahanan Bolos, Siasatan Dalaman Dilancarkan

Next Post

Tengku Zafrul Kini Bendahari UMNO Selangor

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

Seluruh Perancis Lumpuh, Sejuta Mogok Bantah Usia Persaraan 64 Tahun

31/01/2023
0

PARIS: Seluruh Perancis lumpuh apabila mogok besar-besaran dan tunjuk perasaan diadakan di negara itu buat kali kedua dalam tempoh sebulan...

Next Post
Tengku Zafrul Kini Bendahari UMNO Selangor

Tengku Zafrul Kini Bendahari UMNO Selangor

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd