• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Dipenjara Sebulan, Anjing Peliharaan Sebabkan Wanita Parah

oleh AK-47
20/04/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Dipenjara Sebulan, Anjing Peliharaan Sebabkan Wanita Parah
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Seorang lelaki dipenjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana melepaskan seekor anjing peliharaannya jenis Belgian Shepherd sehingga menyebabkan seorang wanita cedera parah akibat digigit anjing itu, Ahad lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin menjatuhkan hukuman itu terhadap N. Trini Emmanuel Nettar, 53, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mendatangkan bahaya atau musibah kepada T.S.Sheela, 35, dengan cara melepaskan haiwan itu sehingga mangsa cedera parah di hadapan sebuah rumah di Jalan Nangka, Off Jalan Kovil Hilir Perhentian, Sentul di sini pada 7.30 malam, 16 April lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan bapa kepada empat anak itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 18 April lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amalina Johar memohon hukuman penjara setimpal dengan kesalahan dilakukan oleh tertuduh mengambil kira faktor kepentingan awam kerana tindakan tertuduh melepaskan anjing itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan.

“Ia juga dapat memberi pengajaran kepada tertuduh agar perbuatan sama tidak berulang lagi selain dapat memberi pengajaran kepada masyarakat untuk menjaga haiwan peliharaan mereka agar tidak mendatangkan kecederaan kepada orang lain,” katanya.

Trini Emmanuel yang tidak diwakili peguam merayu hukuman denda minimum dengan alasan dia tidak bekerja.

“Saya memohon maaf atas kesalahan ini dan kepada semua pihak,” katanya.

-Harian Metro

Tags: anjing peliharaancedera parahPenjara
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Aidilfitri: Kuota Bekalan Petrol RON95, Diesel Ditambah 2.3 Juta Liter

Next Post

Umat Islam Di Jogjakarta Sambut Aidilfitri Hari Ini

Related Posts

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

Makan Ubat Gugur Kandungan Cukup Sifat, Wanita Dipenjara Sembilan Bulan

23/05/2025
0

Melaka: Pekerja kafe dihukum penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, hari ini kerana menyebabkan janin berusia lima bulan...

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

Seludup Migran: Hukuman Penjara 10 Tahun Terhadap 4 Warga Myanmar Kekal

07/03/2025
1

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun terhadap empat warga Myanmar kerana menyeludup 31 migran ke negara...

Next Post
Umat Islam Di Jogjakarta Sambut Aidilfitri Hari Ini

Umat Islam Di Jogjakarta Sambut Aidilfitri Hari Ini

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd