• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Anjur Rumah Terbuka Di Kedah, Kelantan, Terengganu Untuk Dampingi Rakyat

oleh AK-47
28/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Anjur Rumah Terbuka Di Kedah, Kelantan, Terengganu Untuk Dampingi Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan hanya terlibat dalam penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri 2023 di tiga negeri sahaja iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, demikian menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

JPM dalam kenyataan hari ini memaklumkan penganjuran majlis rumah terbuka di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pula dianjurkan oleh kerajaan negeri masing-masing.

“Selaras dengan konsep Malaysia Madani, penganjuran kali ini adalah dengan kerjasama strategik kerajaan negeri selain kementerian peneraju yang turut dilantik bagi membantu pelaksanaan majlis,” menurut kenyataan itu.

Menurut JPM, Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri 2023 itu memberi ruang dan peluang kepada Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri menyantuni rakyat yang sebelum ini tidak pernah berpeluang meraikan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara kerana kesukaran untuk berkunjung ke Seri Perdana.

JPM berkata, rumah terbuka di tiga negeri anjuran kerajaan Persekutuan menyasarkan jumlah keseluruhan pengunjung sekitar 55,000 orang.

“Hanya di Kedah berstatus nasional iaitu 25,000 orang pengunjung manakala di Kelantan dan Terengganu masing-masing disasarkan 15,000 orang pengunjung,” katanya.
Menurut JPM, jumlah penganjuran di Seri Perdana sebelum ini boleh mencecah sehingga 100,000 pengunjung.

JPM berkata, penganjuran rumah terbuka itu membolehkan perbelanjaan dilakukan secara berkesan melalui penganjuran secara bersasar, perkongsian sumber, tenaga kerja dan kemahiran melalui kerjasama strategik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta majlis yang turut diadakan secara bersekali.

“Kaedah penganjuran bersama ini juga diyakini dapat mengukuhkan hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri,” menurut JPM.

Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri yang bermula di Kedah esok (29 April 2023/Sabtu), bertempat di Hotel Raia, mulai 10 pagi hingga 2 petang.

-Sinar Harian

Tags: KedahKelantanKerajaanRumah TerbukaTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

Seorang MP Akan Didakwa Kes Usaha Sama Ternakan Lembu Milik Kerajaan Kedah

05/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah petang semalam bagi tujuan pertuduhan selepas agensi itu...

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

Kerajaan Sekat Akses Platform Dalam Talian Bagi Pengguna Bawah 13 Tahun

04/12/2025
0

Kuala Lumpur: Bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses kandungan dalam talian, kerajaan dalam proses mengawal selia platform untuk menyekat pengguna bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd