• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKR Buka Laluan Alternatif Gua Musang-Kuala Lipis Hari Ini

oleh Mohd Arshad
15/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
JKR Buka Laluan Alternatif Gua Musang-Kuala Lipis Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG : Jabatan Kerja Raya (JKR) akan melakukan penyuraian trafik di laluan alternatif Jalan Gua Musang-Kuala Lipis mulai hari ini sehingga 2 Mei sempena Aidilfitri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ia susulan penutupan jalan utama Gua Musang-Kuala Lipis, bermula di hadapan Petronas Persiaran Raya Gua Musang sehingga ke lampu isyarat Taman Wangi.

Ketua Pengarah JKR, Datuk Ir Ahmad Redza Ghulam Rasool, berkata bermula hari ini, akan berlaku perubahan laluan trafik bagi jalan alternatif sempena musim perayaan.

“Jadi kita bersama pihak polis sudah menjalankan satu program di mana sebolehnya sebahagian jalan akan jadi laluan sehala.

“Bermula malam ini kita akan memasang penghadang dan sebagainya (tanda arah) supaya selepas ini akan jadi jalan sehala untuk mengurangkan konflik kenderaan yang bergerak dari arah bertentangan

“Selain mengurangkan lintasan kenderaan di persimpangan yang boleh menyebabkan konflik dan kemalangan. Ini usaha kita untuk mengurangkan risiko kemalangan dan meningkatkan lagi keselamatan pihak pengguna walaupun kita tahu memang ada kesesakan” katanya ketika ditemui di Tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) di sini.

Ahmad Redza berkata, laluan alternatif itu juga sudah melalui proses pelebaran bagi membolehkan pengguna melaluinya dan memenuhi piawaian ditetapkan.

“Laluan alternatif adalah jalan lama panggil FT08. Sebelum ini lebar jalan itu bagi laluan sehala adalah kira-kira 3 meter.

“Pada hujung 2021, kita melebarkan jalan berkenaan menjadikan sehala 3.5 meter dua hala tujuh meter. Ia sama dengan standard jalan yang pengguna lalui contohnya dari arah Lembah Klang.

“Jadi kalau pengguna kenderaan itu datang dari Lembah Klang melalui jalan dua hala di laluan alternatif ini, ada beberapa lencongan dan jarak jauh sedikit iaitu enam kilometer (km) berbanding jalan yang ditutup empat kilometer.

Pada masa sama pihaknya turut menjangkakan kesesakan akan bermula pada Selasa minggu depan apabila perantau mula bergerak pulang ke kampung halaman mereka.

“Memang ada sedikit kesesakan terutama musim perayaan tetapi kita harap pengguna jalan rayadapat bersabar dan mengikut peraturan memandu dengan cermat,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Gua Musang-Kuala LipisJKRLaluan Alternatif
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

13 Motosikal, Empat Skuter Elektrik Musnah Terbakar Di KLCC

Next Post

Sayap Bersekutu Bersatu Gesa Sivakumar Bercuti

Related Posts

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

11/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah...

‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

21/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pemandu lori yang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas...

Next Post
Sayap Bersekutu Bersatu Gesa Sivakumar Bercuti

Sayap Bersekutu Bersatu Gesa Sivakumar Bercuti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd