• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JDT Kukuhkan Nilai Komersial Bola Sepak Malaysia

oleh AK-47
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
JDT Kukuhkan Nilai Komersial Bola Sepak Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

PEMILIK Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Harimau Selatan itu antara faktor utama nilai komersial industri bola sepak di Malaysia meningkat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut Tunku Ismail, ia adalah fakta yang sukar untuk disangkal menerusi beberapa kejayaan yang telah dibuktikan juara sembilan kali Liga Super itu di pentas domestik mahupun di peringkat antarabangsa.

“Tiada JDT tiada liga, tiada duit untuk hak penyiaran buat pasukan, tiada penuhkan stadium pasukan lain, tiada fasiliti terbaik buat pasukan kebangsaan, tiada kelab Malaysia di Liga Juara-Juara Asia dan tiada berita”.

“JDT mengukuhkan nilai komersial industri bola sepak Malaysia. Fakta,” kata Tunku Ismail menerusi satu komen di laman Instagram rasmi kelab, officialjohor pada Isnin.

Aura JDT dalam saingan liga domestik sememangnya tidak dapat dinafikan selepas aksi pasukan itu sentiasa mendapat perhatian peminat bola sepak tempatan.

Malah, perlawanan membabitkan Harimau Selatan di semua platform Astro mengungguli rating tontonan sekali gus memberikan nilai tambah dalam pembayaran hak penyiaran kepada semua pasukan.

Di pentas Asia, JDT merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang beraksi di Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan musim lalu mereka berjaya mencipta sejarah mara sehingga peringkat 16 pasukan terbaik.

Ia merupakan kejayaan luar biasa dicapai JDT dan membuka mata ramai pihak mengenai kekuatan pasukan dari Malaysia.

-Sinar Harian

Tags: Bola Sepak MalaysiaJDTTMJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

JDT Lancar JDT+, Dokumentari ‘Untamed’ Bakal Bersiaran 22 Oktober

22/09/2026
0

JOHOR BAHRU - Kelab Bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, sebuah platform kandungan premium khusus untuk membawa penyokong...

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

JDT Terus Dominan, Kemenangan Besar Demi Kemenangan

21/09/2026
0

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) bukan sekadar menang sejak sepak mula Liga Malaysia musim 2026/2027, malah sebahagian besar kemenangan dicatat dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd