Monday, September 25, 2023

Creating liberating content

Najib Ingatkan Umat Islam...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengajak umat Islam...

Aksi Datuk Menari Goyang...

RAKAMAN video aksi seorang datuk selamba sahaja melakukan 'goyang dumang' pada sebuah majlis...

EPL: Saya Masih Tak...

SUNDERLAND - Louis van Gaal bangkit menuntut satu kemajuan drastik daripada Manchester United...

PM Ucap Takziah Kejadian...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah...

Harimau Malaya Kini Di Kedudukan 138 Dunia

PETALING JAYA: Era baharu bola sepak negara terus positif apabila kedudukan Harimau Malaya dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melonjak tujuh anak tangga dari kedudukan ke-145 kepada tempat ke-138 dunia.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi kemaskini terbaharu yang dikeluarkan FIFA hari ini, skuad Harimau Malaya yang dikendalikan oleh Kim Pan Gon menduduki kedudukan terbaik sejak 2006 hasil deretan kemenangan yang diraih dalam aksi persabahatan antrabangsa.

Peningkatan ranking itu adalah berdasarkan perkiraan semasa termasuk dua kemenangan ke atas Turkmenistan dan Hong Kong baru-baru ini yang membolehkan Malaysia mengumpul 1082.13 mata.

Kedudukan skuad negara itu lebih baik berbanding Indonesia yang berada di kedudukan ke-149 (1046.14 mata) dan Singapura di tempat ke-158 dunia (1014.04 mata).

Manakala, tiga lagi negara Asia Tenggara iaitu Vietnam berada di kedudukan ke-95 dunia (1229.69 mata), Thailand berada di posisi ke-114 dunia (1171.88 mata) manakala Filipina berada di tempat ke-136 dunia (1097.67mata).


Kebangkitan yang sedang dilakukan oleh skuad ‘dream team’ dalam Harimau Malaya ketika ini diyakini mampu untuk memperbaiki kedudukan dalam ranking FIFA yang akan dikemaskini pada 22 Julai depan.

Skuad Harimau Malaya kini dalam rangka persiapan ke Piala Asia di Qatar pada Januari depan selepas layak dengan menamatkan badi 43 tahun sejak kali terakhir layak secara merit pada saingan di Kuwait 1980.

Selepas ini, kuad Harimau Malaya bakal bertemu pasukan Solomon Islands dan Yemen pada perlawanan persahabatan antarabangsa ketika jendela FIFA pada Jun nanti.-

UtusanOnline-

Kategori

Leave a Reply