Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Reguigui Pelumba Benua Afrika...

PELUMBA Algeria, Youcef Reguigui muncul sebagai pelumba ketiga dari benua Afrika menjuarai edisi...

Kuasa Allah, Kain Kafan...

TUMPAT - Meskipun sudah 16 tahun dikebumikan, keadaan kain kafan tiga jenazah yang...

Jangan Terima Ahli UMNO...

PONTIAN : UMNO berharap parti-parti dalam kerajaan perpaduan tidak menerima ahlinya yang dipecat...

Konvo MGBNS Medium Kongsi...

TAWAU – Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau menyokong...

Cucuk Sanggul Pengantin Tersangkut Pada Songkok Bapa

JAKARTA – Detik serius sebuah majlis perkahwinan di Jawa Barat, Indonesia bertukar jenaka apabila cucuk sanggul milik pengantin wanita tersangkut pada songkok bapanya, lapor portal berita Wolipop.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Video acara sungkeman itu dimuat naik oleh akaun TikTok @gimoproject. Di Indonesia, sungkeman merupakan sesi bermaafan antara golongan muda dan orang tuanya.

Ketika berada di pelamin, pengantin perempuan melutut di hadapan ibu bapanya untuk meminta maaf.

Bagaimanapun, cucuk sanggul wanita itu tersangkut pada songkok bapanya ketika dia hendak bangun tetapi tidak disedari oleh mereka.

Bapa pengantin itu kemudian merasakan ada sesuatu tersangkut pada songkoknya.


Dia kemudian mengambil cucuk sanggul tersebut dari songkoknya dan mencucuknya semula pada kepala anaknya.

Tindakan bapa itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Ekspresi mereka kelakar kenapa semua tidak ketawa,” kata seorang netizen.

“Tak jadi sedih ni,” komen netizen lain

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori