• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Suspek Ditahan SPRM Bukan Staf Wisma Putra

oleh AK-47
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
2 Suspek Ditahan SPRM Bukan Staf Wisma Putra
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Luar menafikan dua pegawai di Bangladesh yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merupakan petugas Wisma Putra.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, menerusi kenyataan semalam, ia menjelaskan bahawa mereka yang direman di sini pada Selasa lalu merupakan pegawai penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia.

“Kedua-duanya itu pula hanya ditempatkan sementara untuk bertugas di Pejabat Atase Imigresen di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di ibu kota Dhaka,” jelas Wisma Putra lagi merujuk laporan agensi media tempatan mengenai tindakan SPRM tersebut.

Ia memetik sumber agensi berkenaan, namun merujuk lokasi canseri sebagai Kedutaan Malaysia di Bangladesh walhal negara tersebut merupakan ahli Pertubuhan Komanwel.

Kekeliruan laporan media terbabit mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet kerana Malaysia hanya ada Suruhanjaya Tinggi di Dhaka sebagai misi diplomatiknya, malahan, urusan pengeluaran visa di pejabat perwakilan rasmi Malaysia tidak pernah pun dikeluarkan oleh Kementerian Luar tetapi dilakukan pihak imigresen sendiri.

Mengulas lanjut, Wisma Putra menambah, pihaknya sentiasa memberi perhatian kepada aspek integriti dalam kalangan kakitangan awam kementerian itu bertugas di luar negara.

“Dalam konteks ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka dan Wisma Putra memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam isu penyiasatan kes berkenaan,” tegasnya.

Dua suspek itu ditahan kerana disyaki menerima wang rasuah bagi proses pengeluaran visa luar negara serta kemasukan para pelancong dan pekerja Bangladesh ke Malaysia.

SPRM berjaya mengesan transaksi masuk melibatkan lebih 20 akaun bank individu dan syarikat yang amat mencurigakan dimiliki oleh kedua-dua pegawai imigresen berkenaan.

Sehubungan itu, mereka berdua diarahkan pulang ke negara ini dan ditahan ketika hadir memberi keterangan untuk membantu penyiasatan di ibu pejabat SPRM di sini Selasa.

Setakat semalam, agensi tersebut mengambil tindakan pembekuan akaun dan penyitaan harta yang turut membabitkan lapan bidang tanah dianggarkan berjumlah RM3.1 juta.

Kes berkenaan telah pun disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

-Utusan Online

Tags: SPRMSuspekWisma Putra
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

Pemimpin DAP Minta SPRM, BNM Audit Wang Sumbangan RM50 Juta Untuk Bantu Najib

06/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP, Tony Pua meminta Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaudit aliran...

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

BERSAMA Desak SPR, SPRM Siasat Dakwaan Pemberian RM200 Kepada Pengundi Paya Rumput

30/10/2026
0

MELAKA - Parti BERSAMA menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pemberian wang RM200...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd