• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Azhar Idrus Antara Tidak Dibenar Berceramah Di Sarawak

oleh Mohd Arshad
29/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Ustaz Azhar Idrus Antara Tidak Dibenar Berceramah Di Sarawak
Share on FacebookShare on Twitter

Kuching : Penceramah bebas yang tidak mempunyai latar belakang lengkap dalam bidang agama tidak dibenarkan untuk mengadakan ceramah agama di masjid dan surau di Sarawak.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia termasuk mereka yang tidak diberi tauliah oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta beberapa negeri lain di Semenanjung antaranya penceramah terkemuka, Ustaz Azhar Idrus.

Dr Abdul Rahman yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Islam Sarawak berkata, langkah itu diambil bagi mengekang pelampau agama menyebarkan fahaman yang boleh menggugat keharmonian masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Sebelum ini pun ada beberapa orang penceramah yang tidak beri tauliah untuk berceramah di Sarawak kerana mereka tidak ada latar belakang yang lengkap dalam bidang agama dan pada yang sama ada juga beberapa orang yang tidak mendapat tauliah di Semenanjung, maka kita pun mengambil tindakan yang sama.

“Jabatan Agama Islam Sarawak (Jais) memberi penekanan hanya kepada penceramah agama yang ada latar belakang lengkap untuk menyampaikan maklumat mengenai hal ehwal Islam kepada masyarakat Islam di seluruh Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas

menyampaikan Sumbangan Majlis Islam Sarawak kepada masjid, surau dan tanah perkuburan di Kompleks Islam Sarawak di sini, hari ini.

Sejumlah RM1.56 juta diagihkan oleh Majlis Islam Sarawak kepada 1,562 masjid dan surau yang mempunyai jawatankuasa yang dilantik manakala 18 tanah perkuburan pula menerima sebanyak RM18,000.

Dr Abdul Rahman berkata, jika ada penceramah bebas khususnya dari Semenanjung yang berhasrat untuk menyampaikan ceramah, mereka harus menghubungi pihak Jais secara peribadi.

“Ini bagi membolehkan pihak JAIS membuat penelitian kerana hanya mereka yang diberi tauliah yang dikeluar oleh Pengarah Jais saja yang boleh menyampaikan ceremah,” katanya.

-Harian Metro

Tags: ceramahsarawakUstaz Azhar Idrus
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

RUU Sewa Kediaman Dibentang Tahun Depan

Next Post

Pelajar Pusat Kemahiran Maut Motosikal Rempuh Lori

Related Posts

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

Sarawak Mahu Bangunkan Model AI Sendiri – Abang Johari

08/02/2025
0

KUCHING : Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhasrat untuk membangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) bagi...

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

Mangsa Banjir Di Sabah, Sarawak Meningkat, Bintulu Paling Terjejas

31/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS)...

Next Post
Pelajar Pusat Kemahiran Maut Motosikal Rempuh Lori

Pelajar Pusat Kemahiran Maut Motosikal Rempuh Lori

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd