Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pemimpin G20 Akui Islam...

ANTALYA, (Turki) - Rata-rata kalangan pemimpin Kumpulan 20 (G20) berpendapat bahawa Islam bukan...

440 Orang Jalani Saringan...

SEREMBAN: Seramai 440 orang pelajar Politeknik Nilai di sini telah menjalani saringan Covid-19...

Wanita Seludup Wang Tunai...

Republik Dominica – Agaknya berapa besar perut wanita ini, jika tidak takkan dia...

Skuad B-22 Dapat Peluang...

KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak bawah 22 (B-22) mendapat peluang yang seimbang...

Tuan Ibrahim Dakwa Kes Muhyiddin Pertuduhan Terpilih

PUTRAJAYA – Himpunan solidariti di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis, bertujuan bagi menuntut keadilan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, tuduhan terhadap Muhyiddin bersifat kepada pertuduhan terpilih bagi melindungi dan memihak satu isu yang besar berlaku dalam parti komponen Pakatan Harapan (PH).

“Isu itu membabitkan UMNO berhubung isu percanggahan surat yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Ini sebahagian usaha untuk tutup bagi melarikan isu sebenar,” katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Muhyiddin dilihat hadir ke SPRM Putrajaya pada jam 11.10 pagi dipercayai untuk membantu siasatan berkaitan dana yang diterima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).


Pada 4 Mac lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima RoS.

Ahmad Zahid berkata, UMNO telah menerima surat bertarikh 3 Mac 2023 daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang telah diluluskan oleh PAU.

Susulan itu, keputusan terbabit yang meluluskan tidak mempertandingkan dua jawatan tertinggi parti didakwa melibatkan campur tangan politik.

Beberapa pandangan ahli politik mendakwa ia telah mencalarkan kredibiliti kepimpinan kerajaan yang diterajui Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

-Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori