Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Ucap Tahniah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada...

Tengku Adnan Yakin PAU...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yakin...

SIC Adakan Pemilihan Siri...

KUALA LUMPUR - Perlumbaan bagi mendapatkan tempat untuk bersaing pada Siri Go-Kart Kebangsaan...

11 Orang Jatuh Sakit...

WASHINGTON - Sebelas orang jatuh sakit dan tiga daripadanya terpaksa dibawa ke hospital...

Tiket Licin 24 Jam, Konsert Ella Tambah Satu Malam Lagi

KUALA LUMPUR : Tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota disapu licin dalam tempoh 24 jam sebaik jualan dibuka, namun

Ikuti Mynewshub: Telegram

ditambah satu malam lagi di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Jun depan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions, Rohit Rampal, pihaknya memutuskan perkara itu atas permintaan sangat memberangsangkan daripada peminat Ella.

“Atas permintaan ramai yang menghantar mesej langsung dan ciapan di Twitter, kami memutuskan menambah satu malam lagi konsert Ella.

“Kami akan merealisasikan perkara ini khusus buat peminat Ella,” katanya kepada BH Online.

Penjualan tiket bagi malam kedua akan mula dijual esok, jam 12 tengahari di www.hitmanlive.com.

Terdahulu, Ratu Rock Malaysia, Ella, 57, mencipta rekod baharu apabila tiket Konsert Jilid Akhir: Ella Puteri Kota habis dijual dalam tempoh 24 jam bagi artis Malaysia yang pernah dianjurkan di Axiata Arena pada 10 Jun depan.

Sebelum itu, tiket konsert mula dijual jam 12 tengahari itu terjual sebanyak 50 peratus dalam tempoh dua jam, kelmarin.

Berikutan itu, Hitman Solutions dan RockQueen terpaksa mengambil langkah menghentikan jualan kerana lebih 25,000 beratur di laman web mengakibatkan proses pembelian tergendala.


Namun, penganjur segera menyelesaikan masalah dan penjualan disambung semula pada jam 5 petang. Pada jam 7 malam, 90 peratus tiket habis terjual dan selebihnya, tinggal kategori Rockzone.

Secara rasminya, tiket konsert habis terjual jam 12 tengahari, semalam sekali gus memberi makna tiket itu habis dijual dalam tempoh 24 jam selepas jualan dibuka.

Ella atau Nor Zila Aminuddin berkata, dia tidak menyangka sokongan peminat sebegitu baik sehingga namanya mencatatkan sejarah sebagai jualan tiket artis Malaysia paling laris pernah dianjurkan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan, RockQueen dan rakan penganjur, Hitman Solutions dalam menjayakan konsert ini. Saya teruja, berbangga dan bersyukur dengan hasil jualan yang luar biasa ini.

“Saya berterima kasih kepada peminat dari seluruh pelusuk dunia, terutamanya Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei atas semangat yang ingin bersama saya meraikan konsert ini.

“Saya tidak sabar untuk berikan persembahan yang terbaik. Semoga peminat dapat mendoakan kesihatan Ella dan semua pihak yang terbabit agar konsert ini menjadi memori yang akan dikenang.

“Bagi mereka terlepas peluang mendapatkan tiket, insya-Allah, pihak pengurusan sedang mempertimbangkan dan mencari jalan terbaik untuk memuaskan hati semua,” katanya.

Sebagai simbolik 35 tahun dalam industri muzik, Ella bakal menyampaikan 35 dendangan termasuk Sepi Sekuntum Mawar Merah, Standing In the Eyes of the World, Sembilu, Baldu Biru dan Retak.

-Berita Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori