• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 21, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Parti Politik Mampu Biayai Parti Dengan Dana Sendiri – Muhyiddin

oleh Mohd Arshad
12/03/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Tiada Parti Politik Mampu Biayai Parti Dengan Dana Sendiri – Muhyiddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal bertegas bahawa tiada mana-mana parti politik di negara ini mampu membiayai parti dengan dana sendiri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sebaliknya, beliau berkata, parti di negara ini perlu mendapat sokongan daripada badan korporat, individu tertentu atau sumbangan daripada luar negara.

“Mengenai cabaran kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (untuk menyiasat punca dana politik diberikan kepada PKR dan UMNO), saya sudah sekian lama dalam politik.

“Jadi, apabila kata parti mencari duit sendiri, saya yakin ia mendapat sokongan pemberian daripada pihak badan korporat, individu tertentu dan kemungkinan besar sumbangan dari luar negara.

“Jika berani tunjuklah kerana ketika ini pertuduhan seolah-olah kita sahaja yang lakukan. Jika ada syarikat untung berbilion ringgit, tak apalah tetapi saya jamin ia tiada.

“UMNO dulu ada syarikat, tetapi sekarang pun entah ke mana. Jika mahu tahu kedudukan sebenar, siasatan dan ia terserah kepada SPRM,” katanya pada sidang media selepas ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU, di sini hari ini.

Beliau pada ucapan dasar PAT hari ini, mencabar SPRM supaya turut menyiasat punca dana politik diberikan kepada PKR dan UMNO.

Katanya, agensi penguat kuasa itu tidak seharusnya menumpukan punca dana BERSATU semata-mata kerana parti lain turut menerima dana politik daripada pihak tertentu.

“Saya nak cabar SPRM untuk siasat, siasat presiden PKR dan presiden UMNO. Siasat di mana punca dana yang diterima oleh UMNO dan PKR. Di manakah sumber (dana) yang mereka peroleh,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Muhyiddin Yassinparti politik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Senggarang Lokasi Baharu Terjejas Banjir

Next Post

Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Related Posts

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

Sediakan Kertas Putih Industri Padi, Beras – Muhyiddin

13/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa menyediakan Kertas Putih industri padi dan beras negara bagi mengatasi pelbagai isu berkaitan harga serta...

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

‘Ganti Rugi RM1.35 Juta Kepada Guan Eng Terlampau Tinggi’ – Muhyiddin

08/11/2024
0

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di...

Next Post
Polis Siasat Perhimpunan Women’s March Di KL

Polis Siasat Perhimpunan Women's March Di KL

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd