• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Tahan Enam Lelaki Disyaki Buat Tuntutan Palsu Lebih RM2.5 Juta

oleh AK-47
23/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
SPRM Tahan Enam Lelaki Disyaki Buat Tuntutan Palsu Lebih RM2.5 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

Shah Alam : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam individu selepas disyaki mengemukakan tuntutan bayaran palsu bernilai lebih RM2.5 juta bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan kemudahan sekolah di negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Sumber berkata, kesemua suspek lelaki berusia 40 hingga 57 tahun itu ditahan dalam operasi berasingan bermula 5 petang semalam hingga jam 12 tengah malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor, di sini.

Menurutnya, pihaknya menahan pemilik syarikat berusia 52 tahun kerana dipercayai mengemukakan tuntutan bayaran palsu berjumlah lebih RM760,000 bagi kerja-kerja penyelenggaraan di sebuah sekolah di Batu Arang sedangkan kerja itu tidak mengikuti spesifikasi yang ditetapkan.

“Seorang kontraktor berusia 41 tahun pula ditahan sekitar 9.30 malam tadi kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM860,000 sedangkan kerja terbabit tidak dilaksanakan sepenuhnya.

“Manakala, empat lagi suspek ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai lebih RM870,000 membabitkan kerja-kerja penyelenggaraan sebuah sekolah di Semenyih sedangkan kerja berkenaan tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Difahamkan, kesemua suspek melakukan kesalahan itu pada 2020.

Dalam pada itu, sumber memaklumkan seorang suspek berusia 57 tahun yang juga pemilik syarikat dilepaskan dengan jaminan SPRM atas faktor kesihatan.

Perintah reman selama lima hari bermula hari ini hingga 27 Mac itu dikeluarkan terhadap lima suspek terbabit oleh Majistret Nur Syuhada Abdullah di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini, selepas mendapatkan permohonan daripada SPRM.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

-Harian Metro

Tags: SPRMTuntutan Palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd