• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sahkan Muhyiddin Akan Dituduh Lagi Minggu Depan

oleh Mohd Arshad
10/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SPRM Sahkan Muhyiddin Akan Dituduh Lagi Minggu Depan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan sekali lagi dituduh di mahkamah, minggu depan, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pertuduhan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu adalah berikutan siasatan berkait kes Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, di sini, hari ini.

“Ya, betul,” katanya ketika ditanya berhubung perkara itu.

Bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001, jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.

Semalam, sejurus dibebaskan SPRM, Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU, mengesahkan beliau akan berdepan tujuh pertuduhan di mahkamah.

Hari ini, bekas Perdana Menteri itu didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, atas enam pertuduhan meliputi empat menggunakan kedudukan untuk mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua lagi pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Bagaimanapun, Muhyiddin atau nama sebenarnya Mahiaddin Md Yasin, 76, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Azura Alwi.

Terdahulu, Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, memaklumkan bahawa Muhyiddin dijangka dikenakan lagi pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa di mahkamah di Shah Alam, Isnin depan.

BHonline-

Tags: DituduhMuhyiddin YassinProjek Jana WibawaSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd