Saturday, July 27, 2024

Creating liberating content

Angkat Jawatan Ketua Wanita...

KUALA LUMPUR - Wanita UMNO mahu jawatan ketua sayap pergerakan itu diiktiraf dan...

Malaysia Tunggu Keberkesanan Vaksin...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan meneliti kesan sampingan dan keberkesanan vaksin Covid-19 yang...

Pemuda Lemas Mandi Di...

KUALA TERENGGANU - Seorang pemuda ditemukan lemas ketika mandi bersama dua lagi rakannya...

Jalan Raya Tertinggi Di...

GEORGE TOWN – Projek Jalan Berkembar Jalan Paya Terubong (Bukit Kukus) di sini...

Sesi Parlimen Penggal Dua Dipercepatkan Tiga Minggu

Kuala Lumpur : Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat yang dijadualkan berlangsung pertengahan Jun depan, dipercepatkan tiga minggu lebih awal bagi memberi laluan Ahli Parlimen yang menunaikan ibadah haji tahun ini membuat persiapan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, ketetapan itu dibuat selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Dimaklumkan, Perdana Menteri selaku Ketua Majlis bersetuju supaya takwim Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat dipinda ke tarikh baharu mulai 22 Mei hingga 15 Jun 2023 selaras Peraturan Mesyuarat 11(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

“Notis bertulis akan diberikan kepada semua ahli Yang Berhormat (YB) selepas ini.


“(keputusan) Ini adalah susulan permintaan saya kepada Perdana Menteri kerana ramai ahli Yang Berhormat akan menjalani ibadah haji di Makkah pada tahun ini dan perlu membuat persiapan sewajarnya memandangkan Aidiladha dijangka jatuh pada 29 Jun,” katanya di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat dijadual berlangsung selama 10 hari, mulai 12 hingga 27 Jun depan.

-Harian Metro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori