• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, November 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM276 Juta Bina 7 Fasiliti SUKMA Di Kelantan

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
RM276 Juta Bina 7 Fasiliti SUKMA Di Kelantan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM276 juta bagi pembinaan tujuh fasiliti sukan di Kelantan untuk penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) di negeri itu pada 2028.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata perkara yang menjadi keutamaan menerusi peruntukan itu adalah pembinaan stadium baharu di Bukit Merbau membabitkan kos RM180 juta di bawah Rolling Plan Ketiga Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

“Enam lagi projek yang akan dilaksana ialah pembinaan arena tertutup Kompleks Sukan Bukit Merbau dengan kos RM25 juta, stadium hoki (RM19 juta), pusat akuatik (RM20 juta), gelanggang skuasy (RM9 juta), gelanggang boling padang berbumbung (RM8 juta) dan lapang sasar menembak (RM15 juta).

“Pembinaan stadium ini dijangka tidak sempat siap pada 2026 dan ia antara sebab kenapa penganjuran SUKMA di Kelantan dianjak ke 2028,” katanya pada sesi pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Negara, hari ini.

Yeoh berkata, selepas penganjuran temasya itu dianjakkan, SUKMA 2024 akan berlangsung di Sarawak dan 2026 kembali ke Kerajaan Persekutuan, dengan dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ke Kelantan dua tahun kemudian.

Pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi SUKMA yang dipengerusikan Yeoh pada 16 Mac lalu.

Pada mesyuarat sama, Yeoh turut memaklumkan peralihan tahun penganjuran SUKMA di Kelantan juga bagi memberi ruang dan masa secukupnya kepada kerajaan negeri bagi membuat persiapan rapi.

Bernama-

Tags: Fasiliti SUKMAHannah YeohKelantan
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hannah Yeoh Kongsi Keutamaan Bajet DBKL 2027 Dalam Konvensyen DAP

Hannah Yeoh Kongsi Keutamaan Bajet DBKL 2027 Dalam Konvensyen DAP

10/11/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkongsi perkembangan mengenai keutamaan Belanjawan Dewan Bandaraya Kuala...

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

MB Hargai Kehadiran PMX Anwar Ke Kelantan, Semangat Menghormati Perkukuh Persefahaman

01/11/2026
0

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd