Thursday, February 22, 2024

Creating liberating content

Ke Taiwan Dengan Hati...

MENYEBUT mengenai Taiwan, perkara pertama yang akan melalui benak pemikiran orang Islam ialah...

Pasangan Bawa Cicak Raksasa...

LEICESTER  - Melihat orang membawa haiwan seperti anjing dan kucing bersiar-siar adalah normal namun...

“No PAS No Problem”...

KUALA LUMPUR - Keengganan PAS menyertai Pakatan Harapan tidak akan memberi kesan kepada...

Tiada Siapa Arah Polis...

PASUKAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya menjalankan siasatan dan tidak bertindak di atas arahan mana-mana...

Program Jom Ziarah Gereja Sah Batal

KLANG – Program Jom Ziarah Gereja di Gereja The Church of Our Lady of Lourdes di sini, hari ini sah dibatalkan susulan penetapan dan arahan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Tinjauan Kosmo! mendapati kawasan gereja itu lengang tanpa sebarang kehadiran peserta program terutama belia beragama Islam selain wakil daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Selangor turut menjalankan pemantauan di gereja tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Impact Malaysia, Ahmed Faris Amir berkata, agensi di bawah KBS itu akur sepenuhnya dengan arahan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

“Program itu sah dibatalkan susulan penggulungan Menteri di Parlimen, baru-baru ini.

“Tiada sesiapa menghadirinya termasuk belia Islam dan penganjuran program seumpama ini diserahkan kepada Kementerian Perpaduan Negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.


Kosmo! semalam melaporkan penganjuran program bagi memujuk atau mempengaruhi umat Islam cenderung kepada agama bukan Islam adalah dilarang sama sekali di Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menegaskan, perkara itu merupakan kesalahan mengikut Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Terdahulu, Hannah di Parlimen menyatakan bahawa program Jom Ziarah telah ditukar dan dihadkan hanya kepada belia bukan Islam.

Isu itu timbul susulan penyebaran iklan dan risalah mengenai ‘Projek Artikel 11 Jom Ziarah’ anjuran Impact Malaysia yang
terbuka kepada belia bagi mengetahui lebih lanjut pelbagai agama lain.

-Kosmo Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori