• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kenal Pasti Individu Terlibat Himpunan Solidariti Muhyiddin

oleh Mohd Arshad
11/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Kenal Pasti Individu Terlibat Himpunan Solidariti Muhyiddin
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Beberapa individu akan dipanggil membantu siasatan berhubung himpunan solidariti terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khamis lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, mereka akan dipanggil segera untuk membantu siasatan.

“Perhimpunan solidariti yang dibuat di SPRM baru-baru ini, kertas siasatan sudah dibuka. Siasatan sedang dijalankan.

“Tentu sahaja ada pihak akan dipanggil untuk membantu siasatan kita dan apabila kertas siasatan dapat dilengkapkan, kita akan rujuk kertas siasatan itu ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Polis Kuala Lumpur bersama Komuniti, Town Hall sempena Hari Polis ke-216 ‘Keselamatan Jalan Raya: Isu Kesesakan Lalu lintas di Kuala Lumpur’ di KL Wellness City Gallery, di sini, hari ini.

Khamis lalu, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dipanggil memberi keterangan mengenai siasatan Jana Wibawa serta kes berkaitan.

Muhyiddin kemudian dibenarkan pulang dengan jaminan SPRM dan keluar dari bangunan SPRM kira-kira pukul 8.20 malam.

Ahli Parlimen Pagoh itu menghadapi enam pertuduhan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Seksyen 4(1)b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

UtusanOnline-

Tags: Himpunan Solidariti MuhyiddinMuhyiddin YassinSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

Plot ‘Muhyiddin Exit’ Dan Pergaduhan Besar Dalam PAS

31/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mendedahkan perihal kemelut dalaman Perikatan Nasional (PN), peranan...

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd