• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pindaan Akta Insolvensi 1967 Akan Bantu 130,000 Dapat Pelepasan Bankrap

oleh Mohd Arshad
04/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pindaan Akta Insolvensi 1967 Akan Bantu 130,000 Dapat Pelepasan Bankrap
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI: Pindaan Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) yang akan dilakukan sekali lagi bakal membolehkan sekurang-kurangnya 130,000 orang daripada 260,000 kes bankrap mendapat pelepasan kebankrapan mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Cadangan pindaan itu akan dibawa ke Parlimen pada awal bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata pindaan yang dibuat bagi menambah baik sistem pentadbiran kebankrapan di negara ini.

Beliau berkata, dengan pindaan akta itu nanti, sekurang-kurangnya 130,000 orang daripada 260,000 kes bankrap akan mendapat pelepasan kebankrapan mereka.

“Pindaan ini perlu dan kita sasarkan 130,000 daripada 260,000 kes yang mana ada golongan belia dan majoritinya Melayu akan mendapat pelepasan bankrap ini.

“Sebelum ini kita memang sudah ada pindaan dibuat, tetapi pindaan ini akan dibuat sekali lagi kerana mahu melepaskan orang bankrap ini tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya kerana ia akan memberi kesan kepada penarafan kredit dalam Bank Negara,” katanya selepas merasmikan Majlis Celik Kewangan, Klinik Insolvensi dan Klinik Bantuan Guaman di Dewan Semai Bakti FELDA Tunggal di sini, hari ini.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, antara perkara berhubung kebankrapan yang akan diberi fokus adalah pelepasan automatik termasuk melaksanakan pendekatan berbeza terhadap mereka yang bankrap kerana hutang yang banyak atau bankrap dengan jumlah kecil atau bankrap hanya sebagai penjamin.

“Jabatan Insolvensi akan buat kajian terhadap semua perkara ini dan apa yang kita mahu adalah memberi kefahaman kepada rakyat mengenai hak mereka kerana walaupun mereka bankrap mereka tetap ada hak,” katanya.

Sementara itu, Azalina berkata, pihaknya akan menambah baik dan memperluaskan bantuan perkhidmatan Jabatan Bantuan Guaman (JBG).

Selain itu, katanya, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) juga akan dikaji semula dan satu akta khusus akan diwujudkan bagi menambah baik perkhidmatan memberi bantuan khidmat guaman bagi kes jenayah.

BHonline-

Tags: Akta Insolvensi 1967BankrapPindaan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

6 Termasuk Gabenor Maut Ditembak Di Filipina

Next Post

Isteri Maut Ditembak Suami Lebih Lima Das

Related Posts

Tupperware Diisytihar Bankrap

Tupperware Diisytihar Bankrap

23/10/2024
0

NEW YORK: Tupperware Brands (Tupperware) syarikat pembuat bekas plastik dan produk dapur popular yang diisytiharkan bankrap semalam, bersetuju untuk menjual...

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Next Post
Isteri Maut Ditembak Suami Lebih Lima Das

Isteri Maut Ditembak Suami Lebih Lima Das

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd