Friday, April 12, 2024

Creating liberating content

Amboi.. Once Mekel Akui...

Nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang terhempas di Laut Jawa, Ahad lalu sememangnya...

Petani Perlu Cantum Kebun,...

PUTRAJAYA - Kerajaan berhasrat melaksanakan konsep pertanian estet dengan lebih meluas di seluruh...

9 Maut Lombong Potash...

MOSCOW - Sembilan pekerja dikhuatiri maut dalam insiden kebakaran di lombong potash (kalium)...

Tikam, Bakar Menantu Kakak,...

BUKIT MERTAJAM - Akibat perbuatan kejam cuba membunuh menantu kakaknya dengan cara menikam...

Persidangan UMNO Lahad Datu Kecoh, Bertumbuk Di Pentas

LAHAD DATU: Persidangan UMNO Bahagian Lahad Datu di Dewan Sri Perdana di sini, hari ini kecoh susulan berlaku pergaduhan di atas pentas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Klip video kejadian turut tular di media sosial, hari ini.

Difahamkan, pergaduhan berpunca akibat provokasi oleh penyokong calon bertanding.

Berdasarkan video yang tular, ada beberapa penyokong dipercayai tidak berpuas hati lalu menaiki pentas ketika Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Mejar (B) Khalid Harun sedang berucap.

Tindakan itu menyebabkan lebih ramai penyokong menaiki pentas hingga tercetus pergaduhan.


Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kekecohan bermotif provokasi hingga menimbulkan pergaduhan. Polis dapat mengawal keadaan dan menghentikan perhimpunan berkenaan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

BHonline-

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori