• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penganjur Selar Polis Berhubung Siasatan Ke Atas Himpunan Hari Wanita

oleh AK-47
13/03/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Penganjur Selar Polis Berhubung Siasatan Ke Atas Himpunan Hari Wanita
Share on FacebookShare on Twitter

Penganjur selar polis berhubung siasatan ke atas himpunan Hari WanitaJawatankuasa penganjur Women’s March Malaysia 2023 mengecam sekeras-kerasnya siasatan polis terhadap perhimpunan dan perarakan aman sempena Hari Wanita 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur pagi

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Kami imbas semula dan ingin mengingatkan kerajaan ini tentang sejarah panjang tindakan dan luahan demokrasi, serta perhimpunan awam dan protes yang diadakan sejak beberapa dekad lalu sebelum ia berkuasa.

“Kami kecewa kerana dihukum kerana menggunakan hak demokrasi kami untuk memperjuangkan Malaysia yang lebih baik,” kata penganjur dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai mengulas kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya yang sebelum ini berkata, bahawa penganjur akan dipanggil untuk disoal siasat berhubung perhimpunan dan perakan yang diadakan di hadapan Kompleks Sogo dan Dataran Merdeka di Kuala Lumpur semalam.

“Lebih kurang 150 orang terdiri daripada aktivis hak asasi (NGO), mahasiswa dan ahli parti politik menyertai perhimpunan tersebut sambil memegang plakad di antaranya ‘Imagine If Men Are As Disgusted With Rape As With Periods, Child Not Pride, Trans Women Are Woman, Police Your Behaviour Not My Body’ dan lain-lain lagi.

“Kesemua individu yang sedang dikenal pasti terlibat di dalam perhimpunan tersebut akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk diambil keterangan bagi siasatan yang dijalankan dalam masa terdekat,” katanya.

Menurut Noor Dellhan, polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kesalahan Kecil 1955.

Menurutnya, kertas siasatan akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan lanjut.

Dia juga menggesa orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang tidak mematuhi undang-undang dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang terlibat.

Women’s March Malaysia 2023 bertujuan menyeru kesaksamaan gender, keadilan dan menamatkan segala bentuk diskriminasi terhadap wanita dan anak perempuan.

Ia juga antara lain menuntut supaya perkahwinan kanak-kanak diharamkan secepat mungkin, menggesa kerajaan melindungi kebebasan memilih, menggubal perlembagaan dan perundangan untuk mencapai kesaksamaan gender, penyertaan politik yang sama rata bagi jantina yang tertindas di semua peringkat tadbir urus dan memastikan taraf pekerjaan dan gaji yang lebih baik.

-Malaysia Kini

Tags: himpunan hari wanitaPenganjurpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

INI MELAMPAU SANGAT….Berani Bergaduh Dalam Balai

05/03/2026
0

Oleh Mynewshub  KLANG – Suasana di Balai Polis Meru bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk bertindak menyerbu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd