• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuhan Abby Choi Didakwa Didalangi Bekas Bapa Mentua

oleh Mohd Arshad
01/03/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Pembunuhan Abby Choi Didakwa Didalangi Bekas Bapa Mentua
Share on FacebookShare on Twitter

HONG KONG – Bekas bapa mentua Abby Choi didakwa menjadi dalang di sebalik pembunuhan kejam model dan pempengaruh terkenal Hong Kong tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bahagian mayat Choi ditemui di dalam periuk masakan milik bekas suaminya dan peti sejuk kepunyaan ibu bapa mentuanya di Hong Kong, dua hari selepas mangsa dilaporkan hilang Rabu lalu.

Susulan penemuan itu, empat suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan itu termasuk bekas suami mangsa, Alex Kwong, 28, bekas abang ipar bernama Anthony, 31 dan bapa mereka, Kwong Kau, 65.

Choi yang dilaporkan mempunyai nilai bersih kekayaan sekitar £11 juta (RM59.4 juta) berasal dari keluarga kaya dan mempunyai kepentingan perniagaan di China.

Mendiang didakwa telah mengatur agar bekas mentua dan dua anaknya tinggal di apartmen mewah dan membantu bekas abang iparnya membeli hartanah.

Menurut polis, Kwong yang juga bekas anggota polis adalah dalang di sebalik pembunuhan teliti itu melibatkan peralatan industri seperti pemotong daging dan gergaji elektrik.

Kwong dikatakan berang atas cubaan Choi untuk menjual sebuah apartmen bernilai kira-kira £7.7 juta (RM41.6 juta) yang didaftarkan atas nama suspek.

Butiran mengenai pembunuhan Choi telah mengejutkan orang ramai. Kepala mangsa disimpan di dalam sebuah periuk bersama beberapa tulang rusuk dan rambut manusia.

Superintendan Alan Chung berkata: “Terdapat lubang di bahagian belakang sebelah kanan tengkorak Choi, jadi pakar patologi percaya ia kesan akibat serangan maut ke atas mangsa.”

Polis mengesyaki Choi diserang di dalam kereta dan tidak sedarkan diri ketika tiba di rumah di mana bahagain mayatnya ditemui.

Mereka setakat ini tidak dapat mengesan bahagian tubuh mangsa yang hilang termasuk badan dan tangannya.

-Kosmo Online

Tags: Bekas Bapa mentuaKes Abby Choi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir: 89 Calon SPM Terkandas

Next Post

Harga Petrol, Diesel Kekal Dari 2 Hingga 8 Mac

Related Posts

DNA Sahkan Anggota Badan Milik Abby Choi

DNA Sahkan Anggota Badan Milik Abby Choi

07/03/2023
0

HONG KONG : Ujian data asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan tengkorak dan tulang rusuk yang ditemui dalam periuk sup serta kaki...

Kepala Abby Choi Ditemui Dalam Periuk Sup

Kepala Abby Choi Ditemui Dalam Periuk Sup

27/02/2023
0

Hong Kong : Polis menemui kepala sosialit dan pempengaruh Hong Kong, Abby Choi yang dibunuh kejam di dalam periuk sup...

Next Post
Harga Petrol, Diesel Kekal Dari 2 Hingga 8 Mac

Harga Petrol, Diesel Kekal Dari 2 Hingga 8 Mac

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd