Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Euro 2016: ‘Seluar Tidur’...

PARIS - Penjaga gol, Gabor Kiraly menjadi ikon bagi pasukan Hungary di Piala...

Jawi Diarah Siasat Himpunan...

Kuala Lumpur : Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) sudah mengarahkan Jabatan...

Serangan Bekas Pemimpin, PRU14...

KUALA LUMPUR - Isu serangan bekas pemimpin UMNO terhadap kepimpinan parti dan kerajaan...

AS Lancarkan Dron Serang...

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan dron terhadap militan Daesh di Somalia...

Pelatih Guru Maut Terkena Renjatan Ketika Bantu Pembersihan Pasca Banjir

SEGAMAT : Seorang pelatih guru lelaki Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur, maut terkena renjatan elektrik di Sekolah Kebangsaan (SK) Pogoh, di sini pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian pukul 9.50 pagi itu, mangsa Saiful Asraf Mukhtar, 21, dikatakan berada di luar bilik makmal komputer untuk membantu kerja pembersihan kerusi dan meja akibat banjir.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintenden Ahmad Zamry Marinsah berkata, mangsa datang ke sekolah berkenaan bersama-sama sekumpulan pelatih IPG bagi membantu kerja pembersihan pasca banjir.

“Sebelum kejadian, mangsa sedang menggunakan alat penyembur air atau ‘water jet’ membersihkan kerusi meja pelajar.

“Tiba-tiba berlaku renjatan dan mangsa yang berdiri kemudiannya rebah,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.


Ahmad Zamry berkata, beberapa rakannya berhampiran sempat memberikan bantuan pernafasan (CPR).

“Saiful Asraf turut mengalami cedera di bahagian kepala. Mangsa terus dikejarkan ke Hospital Daerah Segamat (HDS) menaiki ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya sambil memberitahu kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Ini adalah kali kedua pelatih guru berasal dari Sabah itu datang menaiki bas IPG untuk membantu misi pasca banjir di Segamat ketika musim banjir tahun ini.

-Utusan Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori